berita

‘Saya Memang Tak Putih Macam Orang Putih’ – Dikritik Berkulit Gelap, Ini Respon Siti Sarah Raisuddin

January 2nd, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lalu, viral di media sosial apabila Shuib memuatnaik sekeping gambar bersama ibu dan isteri beserta sebuah kereta putih yang dihias belon. Difahamkan kereta tersebut adalah pemberian Shuib buat ibunya sempena hari jadi. Wah beruntung ada anak macam Shuib ini kan? Murah betul rezeki.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah warna kulit Siti Sarah yang dikatakan sedikit gelap jika dibandingkan dengan gambar yang dimuatnaiknya sebelum ini. Netizen mendakwa Siti Sarah tidaklah seputih mana, sekadar edit untuk nampak cerah. Ini penjelasan Siti Sarah.

Siti Sarah dikritik?

 

Respon Siti Sarah

Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul-betul tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu Shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yang kutuk Sarah, katanya sebenarnya Sarah hitam tapi edit gambar.. Ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat-tempat yang bercahaya terang, mana adaa orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya.. Itu yang nampak burn .. Secara jujurnya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang kata saya .. Tapi mungkin ramai yang tak tau Shuib BUTA WARNA. Die tak tau pon WARNA apa yang die post di ig die.. Banyak warna yang die tak nampak.. Padahal kami pakai handphone jenama yang sama.. Lagi pun mak Shuib tu putih melepak tu pon nampak cam sun burn.. Secara jujurnya saya memang tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bandingkan dengan saya yang Dulu memang saya lebih cerah sekarang.. Sebab saya memng ambil peroduk… Saya pakai LOTION, SABUN dan PIL untuk kulit lebih cerah.. Mungkin ramai yang marah sebab saya tak share saya makan n pakai produk apa. Disini saya ada contoh gambar dulu yang berhadapan dengan lighting terang sampai nampak reflaksi cahaya di pipi sebab cahaya lampu… Dan gambar baru.. Tetap gambar lama nampak lebih gelap.

Sumber : ig Siti Sarah 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×