Di Instagram, penyanyi, Sissy Imann akhirnya memuat naik posting berhubung perasaannya setelah selesai persaingan minggu keenam program Famili Duo yang berlangsung, semalam.
Artikel berkaitan: ‘Apa Kamu Buat Malam Ni? Semua Tak Cantik & Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu
Artikel berkaitan: ‘Aliff Berusaha Berubah Jadi Insan Lebih Baik, Saya Mahu Berubah Bersamanya’ – Bella Astillah
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kereta Malam’ Siti Sairah & Siti Saida Vazz, Raih Juara Mingguan Konsert Kelima!
Artikel berkaitan: ‘Dah Lambat, Baru Nak Tunjuk Taring’ – Siti Sisters Juara Mingguan ‘Famili Duo’, 2 Kali Berturut-Turut Bawa Pulang RM10k!
Muzik cinta pertama saya
Muzik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tak sedar hal itu atau masih belum cukup menyedarinya. Saya tidak pernah terfikir diri ini untuk terus berkarya tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya telah lakukan sejak berusia lima tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi. Saya akhirnya menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk. Saya minta maaf semua.
Menurut Sissy, dia sangat meminati muzik. Namun, dirinya berasa sebak selepas mendengar komen Mas Idayu. Tambah Sissy, dia telah menyakiti hati ramai dengan nyanyian yang teruk semalam. Oleh itu, dia memohon maaf kepada semua.
Minggu keenam Famili Duo menyaksikan Sissy dan Naim bersepakat memilih lagu ‘Jampi’ nyanyian Hael Husaini. Ternyata kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Naim dan Sissy pada malam tersebut kelihatan tidak berjaya meskipun mereka telah mendapat nasihat dan bimbingan daripada penyanyi, Bob Yusof.
Ujar Mas Idayu, dia tidak faham apa yang mereka berdua hendak sampaikan. Tambah Mas Idayu, lagu ‘Jampi’ ini terlalu besar. Sebagai juri, Mas Idayu turut berkata dia melihat persembahan Sissy dan Naim sangat tidak cantik. Oleh sebab itu, dia menyatakan rasa tidak suka ketika memberi komen secara ‘live‘.
Awak dah lakukan yang terbaik
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis memberi sokongan dan kata-kata positif buat Sissy.
Sumber: Sissy Imann