Minggu keenam program Famili Duo menyaksikan pasangan adik beradik, Siti Saida dan Siti Sairah merangkul gelaran juara mingguan sekali lagi secara berturut-turut. Tahniah!
Artikel berkaitan: ‘Apa Kamu Buat Malam Ni? Semua Tak Cantik & Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu
Artikel berkaitan: ‘Aliff Berusaha Berubah Jadi Insan Lebih Baik, Saya Mahu Berubah Bersamanya’ – Bella Astillah
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kereta Malam’ Siti Sairah & Siti Saida Vazz, Raih Juara Mingguan Konsert Kelima!
Bertemakan ‘Tradisional’, pasangan ini telah menyanyikan lagu ‘Pantun Budi’ nyanyian Tan Sri S.M Salim dan ‘Kurik Kundi’ nyanyian Dato Sri’ Siti Nurhaliza.
Markah paling tinggi
Mendahului pertandingan dengan meraih markah sebanyak 72.8 peratus iaitu markah paling tinggi sepanjang program Famili Duo berlangsung, Siti Sisters dilihat sangat sebak tatkala diumumkan sebagai juara mingguan. Meskipun berada di tangga terbawah berdasarkan markah keseluruhan setiap minggu, Siti Sisters berkata mereka berasa sangat bersyukur kerana berjaya meraih gelaran juara mingguan secara dua kali berturut-turut.
Menurut Mas Idayu, pasangan adik dan kakak ini lambat menunjukkan ‘taring’ mereka di dalam pertandingan ini. Sebagai juri, Mas Idayu berpuas hati dengan persembahan Siti Sisters untuk minggu lepas dan minggu ini. Pendapat yang sama turut dilontarkan oleh Ajai. Menurut Ajai, pasangan ini sudah menunjukkan kemajuan sejak minggu dangdut tempoh hari.
Dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton, Saida dan Sairah berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000. Pasangan sepupu iaitu Bella Astillah dan Wani Kayrie menduduki tangga kedua. Mereka meraih markah sebanyak 71.5 peratus. Diikuti, Sabhi Saddi dan FareedPF di tangga yang ketiga.
Carta keseluruhan
Berdasarkan carta keseluruhan pula, Ayda Jebat dan adiknya, Fyna Jebat dilihat jauh meninggalkan pasangan yang lain. Zaki dan Yamani berada di kedudukan yang kedua manakala, pasangan Bella Astillah dan Wani berada di kedudukan yang ketiga. Berbeza hanya satu peratus dengan Bella dan Wani, pasangan Ara Johari dan Shaffiq Erwin berada di tempat yang keempat. Sissy Iman dan Naim Daniel, Sabhi Saddi dan Fareed serta Siti Saida dan Siti Sairah pula berada di kedudukan tiga terbawah.