Sebelum ini, kecoh dalam kalangan peminat apabila pelakon sedang meningkat naik, Idan Aedan didakwa sedang menyulam cinta dengan aktres Mia Sara.
Fokus kerjaya
Ketika ditemui OhBulan!, Idan menafikan dengan menyatakan hubungan dia dengan Mia hanya sekadar berkawan.
Buat masa sekarang untuk saya beri fokus kepada sebuah hubungan itu memang tidak. Saya rasa lebih banyak hal yang perlu saya utamakan.
Ditanya adakah tindakan berkongsi gambar bersama sekadar menaikkan populariti, aktor berumur 18 tahun ini berkata dia tidak memerlukan gimik murahan untuk dikenali dalam industri hiburan.
Ia bukan gimik. Biasalah, apabila kita muat naik gambar dengan individu daripada jantina berbeza, mestilah akan timbul cerita-cerita begitu walaupun orang tak tahu cerita sebenar.
Saya rasa, saya tak perlu gimik murahan sebegitu kerana saya lebih selesa melonjakkan nama saya menerusi lakonan.
Idan berkata demikian ketika majlis pelancaran filem Anak Rimau yang diadakan di The Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ada peminat kecewa
Biarpun pemilik nama lengkap Muhammad Shahidan Abdullah menerima mesej berbaur kecaman namun baginya dia tidak perlu memberi penjelasan kepada semua orang.
Ada juga yang menghantar mesej kepada saya dan meluahkan kekecewaan kerana kisah itu. Saya pun dah jelaskan di Instagram Story sebelum ini dan dah jelaskan bahawa kami hanya berkawan.
Peminat Mia memang ramai dan ada juga yang menghentam saya. Tapi, rasanya saya tak perlu nak jelaskan kepada semua orang. Ayah dia pun tak ada cakap apa-apa dan baik dengan saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Pulang memberitahu dia dan Mia kekal bersahabat baik dan tidak ada langsung terjejas.
Terbaharu, Idan bakal muncul menerusi filem terbaharu berkonsepkan bola sepak berjudul Anak Rimau yang bakal ditayangkan di pawagam pada 1 September.
Sumber: Instagram @idanaedan