Penyanyi, Shila Amzah berkongsi pendekatan yang digunakan bersama suami, Ubai dalam membesarkan anak-anak meskipun mereka datang daripada generasi berbeza.

Artikel Berkaitan: Ubai Teruja Lihat Gaya Tudung Shila Amzah Jadi Ikutan Peminat Di China, Seloroh Mahu Buka Bisnes Hijab

Tegas dengan anak

Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata dia dan suami mempunyai pendirian tegas dalam soal mendidik anak-anak.

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, anak-anak juga sudah memahami bahawa setiap tindakan mempunyai kesan dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan.

Saya millennial, Ubai Gen Z, tapi dalam mendidik anak-anak kami berdua memang tegas.

Still ada good cop bad cop tu tapi both of our kids tahu kalau buat hal memang akan ada kesannya.

Dalam masa sama, Shila berharap agar anak-anak membesar menjadi individu yang baik dah mempunyai adab sopan.

Semoga anak-anak kita semua membesar dengan baik, beradab, cergas dan cerdas mindanya.

Sementara itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang berpendapat keserasian dan persefahaman antara pasangan lebih penting berbanding perbezaan generasi.

Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira.

Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami.

Sumber: Threads