Penyanyi Aufahanie meluahkan rasa kesal dan marah apabila ada segelintir individu menyebarkan cerita tidak sahih mengenai punca kematian arwah abangnya, Nidza Afham.
Artikel Berkaitan: Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’
Hubungan mereka baik
Di aplikasi X, seorang individu mendakwa arwah Nidza mempunyai masalah dengan teman wanitanya. Lebih teruk, individu tersebut mendakwa Nidza mengambil nyawanya sendiri.
Berikutan daripada itu, Aufa tampil bersuara. Menurut Aufa, mereka sekeluarga sangat mengenali dan rapat dengan teman wanita arwah.
Ujar Aufa, sebelum abangnya dimaklumkan hilang, pada hari Ahad mereka telah pergi ke ‘wedding fare’ untuk mencari lokasi perkahwinan.
Kami saksi bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama. Siapakan kamu untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian abang saya, sedangkan kami sekeluarga masih menunggu keputusan yang pending dari pihak hospital.
Siapakah kamu untuk membuat kenyataan tentang hubungan mereka yang sedang bermasalah. Siapakah kamu? Teman wanita abang saya sangat baik. Kalau bukan sebab dia, malam kejadian abang saya hilang kami takkan tahu yang dia sudah hilang dan tak tahu ke mana nak cari dia.
Allah temukan abang dan dia bersebab, sebagai pertolongan kepada kami dan juga arwah abang saya.
Berhenti sebar spekulasi
Aufa secara tegas juga meminta individu berkenaan memadam semua ciapannya di aplikasi X.
Berhenti sebar spekulasi dan fitnah terhadap arwah abang saya. Kami sekeluarga tidak redha dan tidak maafkan kenyataan yang dibuat oleh anda.
Tambah Aufa, dia meminta individu tersebut untuk tampil ke balai polis dan memberi keterangan sebagai saksi sekiranya melihat arwah Nidza ambil nyawanya sendiri.
Sumber: Aufahanie