berita

‘Saya Minta Maaf Sekiranya Senyuman Ini Membuatkan Ramai Gembira Dengan Memutar Belitkan Perkara Yang Tiada Asasnya’ – Aliff Aziz

April 19th, 2024 | by Alia
Kini Trending

aliff

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak yang didakwa dengan sengaja mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Akan Beri Komitmen Penuh Pada JAWI, Mahu Isu Ditangkap Berkhalwat Dengan Ruhainies Cepat Selesai

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Titip Pesan – ‘Jangan Takut, Kamu Tak Keseorangan Allah Sentiasa Ada Bersamamu’

Aliff memaafkan

aliff

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz memuat naik sebuah artikel berkenaan dirinya yang tersenyum dengan menggunakan latar belakang lagu ‘Since You Been Gone’.

Assalamualaikum. Senyum tanpa niat untuk menyindir sesiapa dalam isu yang sangat penting juga diputar belit agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu yang sedang memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga.

Bagaimanapun, aktor berusia 33 tahun itu mengambil pendekatan untuk memaafkan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangganya.

Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama hilang.

Saya juga minta maaf sekiranya dengan senyuman ini membuatkan ramai gembira dengan memutar belitkan perkara yang tiada asasnya.

Semoga Allah ampun kita semua.

Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: IG Aliff Aziz

SKIP THIS AD ×