berita

‘Saya Nak Ayah Bahagia’- Bila Rakan Buddhist Tanya Kenapa Kebumi Ayah Guna Cara Islam, Ini Jawapannya

June 1st, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Kisah ini mendapat lebih 23k perkongsian di Twitter dimana ia menceritakan seorang anak yang bukan beragama Islam menguruskan segala perkara untuk mengebumikan ayahnya yang meninggal dunia akibat kanser. Tapi uniknya tentang cerita ni adalah ayahnya telah memeluk Islam pada 2 tahun lepas, jadi anaknya ni kebumikan arwah dengan cara Islam.

Tapi apa yang menyebabkan dia buat begitu? Ini jawapannya..

Anak non-Muslim, ayah peluk Islam 2 tahun lalu..

Post di atas telah diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, dimana ayah rakannya yang menganut agama Buddhist telah meninggal dunia pada tahun lalu. Ayahnya meninggal dunia akibat penyakit kanser. Tapi apa yang uniknya kisah ni adalah, arwah ayahnya telah memeluk Islam 2 tahun lalu dan anaknya mengaturkan segala urusan pengebumian bapanya dengan cara Islam, termasuklah tahlil dan lain-lain.

Dia juga meminta rakan ayahnya yang beragama Islam untuk membantu segala urusan di kubur.

‘Dia sayangkan Islam dan sebagai anaknya, saya nak dia bahagia..’

Bila rakannya yang beragama Buddhist tanya kenapa kebumikan arwah ayahnya begitu (ikut cara Islam), dia menjawab bahawa dia lakukan semua tu untuk ayahnya. Arwah sangat sayangkan Islam dan dia ingin arwah bahagia. Tambahnya lagi, jika dia lakukan pengebumian mengikut cara Islam, dia takut arwah tak akan rasa tenang.

Sumber: Twitter @gagsmalaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×