berita

Saya Nak Bahagiakan Ibu Bapa Saya – Zizan Razak

February 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

AME-82

Bak kata pepatah ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Berkat daripada menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada ibunya, pelawak terkemuka tanah air, Zizan Razak telah dinobatkan sebagai bintang ‘Top Top MeleTOP’ kategori lelaki bagi Anugerah Meletop Era (AME) semalam.

Artikel Berkaitan : Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop Era

Lebih mengujakan, Zizan Razak juga bakal menerima RM35,000 hasil daripada jumlah 4 buah kategori yang dirangkul olehnya iaitu Anugerah Top Top Meletop (Lelaki), Anugerah Fesyen Meletop, Anugerah Bintang Siber Meletop dan Anugerah WeChat Meletop.

AME-78Aksi Zizan apabila dinobatkan sebagai bintang ‘Top Top Meletop’

“Ibu dah minta lama dah suruh saya belikan handphone baru. Jadi, saya belikan telefon Sony Xperia. Masa saya nak beli, saya call dia saya tanya nak warna apa, dan ibu cakap nak warna hitam. Saya cakap warna hitam dah habis. Tapi bila saya balik dan dia buka hadiah, dia terkejutlah dengan surprise saya’

Zizan Razak turut menambah bahawa ibu bapa dan keluarga merupakan perkara terpenting dalam kehidupannya buat masa sekarang. Dia mahu memberikan kesenangan kepada mereka yang selama ini telah membesarkan dirinya.

“Saya nak tengok mereka senyum dan senang macamana mereka layan saya masa kecil. Apa yang saya nak, saya dapat. Walaupum tak mewah, tetapi saya tak susah. Bakat saya ini dikurniakan oleh Allah SWT. Tak perlu ada diploma atau ijazah. Jadi, tak salah saya nak senangkan mereka.”

AME-64Zizan Razak dan pasangan duetnya Kaka turut mengiburkan penonton dengan lagu ‘Infiniti Cinta’

Sebelum ini, Zizan juga telah menghadiahkan sebuah rumah buat ibu bapanya di Terengganu. Namun menurutnya, mereka masih belum lagi berpindah ke rumah baru yang sudah siap semenjak tahun lepas itu.

Dalam pada itu, Zizan juga tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminatnya, terutama kepada Zizan True Fans (ZTF), Jozan FC, Johan FC, dan tidak ketinggalan Emmavengers.

“Tapi paling saya terkejut bila menang untuk kategori fesyen semalam, sebab saya rasa fesyen saya bersepah. Saya cuma suka fesyen yang lebih remaja. Saya tak pergi beli produk high-end, cuma ambil fesyen terbaru dari Jepun. Dan semestinya, saya tak sangka dapat anugerah Top Top Meletop memandangkan persaingan sengit.”

Dalam perkembangan terbaru, Zizan juga memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk dalam sesi penggambaran filem Cicakman 3D.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×