Sudah menjadi lumrah, setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak dapat lari dengan ujian hidup. Namun, dugaan dan ujian yang ditempuhi oleh setiap individu itu adalah berbeza-beza kerana ada di antara mereka yang diuji dari segi kewangan, kesihatan dan sebagainya.
Terbaru, seorang pengguna Facebook, Ah Jean ada berkongsi tentang pengalamannya apabila terjumpa dengan seorang uncle yang sedang menghadapi masalah kewangan sehingga dia sanggup beratur panjang di bank demi memasukkan sejumlah wang kecil ke dalam akaunnya.
Bank in RM10 dalam akaun
Lepas lunch dengan adik, saya decide nak pergi bank. Tapi bila sampai, mesin cash deposit rosak. Masa tu tinggal satu je mesin yang masih elok dan function. Jadi saya terpaksa lah beratur panjang, sementara pada masa yang sama saya perhatikan gelagat orang-orang yang berbaris di depan saya. Rata-ratanya semua pegang duit yang mahu di bank in.
Tiba-tiba saya ternampak sorang uncle depan saya ni pegang duit RM10 je. Membutang mata saya tengok. Terus terdetik dalam fikiran saya dan tertanya-tanya mustahil uncle ini nak bank in RM10 sahaja sampai sanggup berbaris panjang macam ini. Biar betul? Bayar apa RM10? Terus saya bercakap sendiri lagi dalam hati. Mungkin kalau sudah di depan mesin baru dia keluarkan duit yang dia mahu transfer.
Jadi, tunggu punya tunggu sampai lah turn uncle ni. Then si uncle ni pun tekan lah nombor akaun sambil masukkan RM10 dia tu. Tapi 2 kali dia dah cuba masukkan, duit tu keluar balik. Kena reject. Kesian saya tengok uncle ni, dia mengeluh. Then saya decide lah bagi pinjam RM10 saya yang masih elok dan lurus tapi lagi sekali mesin reject duit tu. Jadi saya cakap pada uncle tu, nanti saya tolong transfer kan duit uncle tu.
Tak cukup duit beli lauk
Saya kemudian bank in duit saya dulu, jadi si uncle ni tunggu lah di belakang sambil tengok duit dia tu yang mesin reject. Sudah selesai bank in, saya pergi ke arah uncle itu dan saya tolong uncle bank in duitnya tadi. Sambil-sambil saya taip nombor akaun bank uncle tu, saya tanya pada uncle transfer duit ini untuk siapa. ‘Bank akaun siapa ni?’ Uncle tu terus jawab, ‘Saya nak bank in pada akaun saya sendiri’. Katanya, ‘Tidak dapat ambil duit ni kalau ngam-ngam baki dalam bank RM50, saya nak beli lauk tapi tak boleh keluar duit RM50 tu’.
Jadi dia masukkan RM10 tu bertujuan untuk keluarkan baki RM50 dalam akaun banknya itu. Then air mata saya tiba-tiba jatuh. Saya kemudian transfer duit tu lebih dari apa yang dia mahu masukkan dalam akaun banknya. Lepas successful, saya tunjuk transaction pada apa uncle tu then dia cakap dia cuma ada RM10 saja sambil dia bagi duit tu pada saya. Saya tolak tangan uncle sambil usap-usap tangan dia. Saya cakap ‘It’s okay uncle, anggap saja ini Krismas gift ya’.
Terus senyum panjang uncle tu sambil cakap ‘Terima kasih and may God bless you‘. Then saya terus ke parking kereta dengan hati yang sangat lega. Saya belajar untuk memberi bukan kerana saya banyak duit tetapi saya faham macam mana perasaan bila kita tiada apa apa sebab saya pernah rasa benda tu masa belajar di kolej dulu. Oleh itu memberi lah dengan kasih sayang dan jangan mengharapkan untuk di balas balik kebaikan kita sebab kadang-kadang rezeki kita ada terselit rezeki orang lain.
Sumber: Ah Jean