berita

Saya Nak Chicken Chop Ni Boleh Cikgu?

March 31st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Foody

Menerusi perkongsian seorang guru dikenali sebagai Norunajwa di kumpulan Kelab Anak Sepahkan Apa Hari Ini? di Facebook, menceritakan satu kisah yang berjaya membuatkan netizen berasa sebak.

Artikel Berkaitan:‘Kita Sekali Makan RM12, Dia Makan Nasi Kuah Air Kosong, Bawang Merah Sikit Bawang Putih Sikit…’

Apa yang lebih meruntun hati, apabila muridnya itu meminta makan lebihan yang telah ditempah untuk dibawa pulang kepada kakaknya sendiri yang selama ini tidak pernah makan chicken chop.

‘Cikgu, boleh tak saya nak chicken chop tu?’

Foto: Norunajwa

Kisahnya bermula, apabila guru ini mula mengagihkan makanan kantin kepada murid yang telah menempah makanan. Namun, makanan yang ditempah terdapat baki sebungkus kerana seorang murid yang tidak hadir.

Saya mencari jika ada murid yang tidak bawa bekal makanan untuk diberikan makanan tersebut. Tetapi masing- masing telah kekenyangan.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila mendengar jawapan muridnya yang meminta untuk membawa pulang bungkusan makanan tersebut.

Cikgu, boleh tak saya nak chicken chop tu? Sebab saya nak bawa untuk kakak dan keluarga saya. Kakak saya nak sangat rasa makan chicken chop. Dia tak pernah makan chicken chop. Saya nak bagi dia rasa. Boleh cikgu?

Guru tersebut langsung memberikan chicken chop tersebut kepada pelajarnya bagi memberi peluang kepada kakaknya untuk merasa makanan itu. Tidak berakhir di situ, muridnya itu turut menceritakan ayahnya sudah kehilangan kerja berikutan pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan emaknya hanya bekerja di kilang.

Sungguh saya tersentuh dengan anak murid saya ini. Seorang anak dan adik yang baik.  Seorang anak yang ingat keluarga juga. Saya doakan anak ini berjaya dan terus menjadi anak yang baik untuk keluarga.

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Norunajwa via Kelab Anak Sepahkan Apa Hari Ini

SKIP THIS AD ×