Pelakon dan pengacara, Izzue Islam sentiasa hadir ke acara-acara bersama isteri yang juga berperanan sebagai pengurusnya iaitu Awin Nurin bagi mengelakkan berlakunya kecurangan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Allah Tak Bagi Mungkin Rezeki Nanti Dekat Syurga’ – Izzue Islam Cuba Elak Disoal Tentang Zuriat
Artikel berkaitan: Izzue Islam Bina ‘Chemistry’ Dengan Pelakon Gandingan Masa Makan Di Lokasi Penggambaran
Elak daripada berlaku curang
Menerusi perkongsian di TikTok Maskulin, Izzue, 33, akui bimbang sekiranya dia berlaku curang justeru dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa isteri.
Setakat ini tiada pun yang cuba nak ‘try’ saya cuma itu sebagai langkah berjaga-jaga tak nak tiba-tiba saya pula yang ‘try’ orang lain.
Manusia ni kan perasaan dia tunggang-langgang juga kadang-kadang. Takut satu hari saya jauh dengan isteri saya, tiba-tiba ‘bolehlah usha awek mana-mana kan?’
Jadi untuk elak benda tu saya selalu bawa isteri saya. Saya tak suka hilang fokus. Saya lebih nak fokus kepada kerja, selesaikan tugas saya dan lepak dengan isteri. Itu saja.
Tak mahu kongsi kasih sayang
Sementara itu, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan berkata, dia tidak mahu berkongsi kasih sayang dengan wanita lain selain daripada isterinya.
Saya nak dia bahagia cuma dengan saya dan saya cuma nak bahagia hanya dengan dia. Dalam masa sama, saya tak nak kongsi kasih sayang saya dengan orang lain. Kalau saya kongsi dengan orang lain nanti dekat dia tak cukup macam mana?
Jadi saya nak bagi sepenuhnya kasih sayang apa yang sepatutnya seorang isteri dapat daripada seorang suami. Saya tak nak kongsi dengan orang lain.
Katanya lagi, andai ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan, dia tidak ralat dengan segala perbuatan yang pernah dilakukan buat isterinya.
Saya nak bagi dekat dia saja sepenuhnya supaya satu hari nanti kalau saya tak ada ataupun saya meninggal, ataupun benda yang kita tak mahu, perpisahan ke, kita tak tahu kan Allah susun perjalanan hidup kita macam mana.
Andai satu hari saya tidak bersama dengan dia pun sekurang-kurangnya dia ingat suami saya tak pernah buat itu, tak pernah buat ini dan suami saya cukup bagi saya itu ini.
Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Sumber: TikTok