berita

‘Saya Nak Dia Mati Perlahan-Lahan..’ – Bayi Disuntik Peluntur, Kelopak Mata ‘Dikelar’ Pisau Cukur

December 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sangka di sebalik figura seorang wanita bergelar ibu rupa-rupanya penuh dengan tipu muslihat dan kekejaman. Ibu muda yang berusia 28 tahun ini tergamak mendera bayi perempuannya itu sejak mangsa berusia satu bulan lagi, kejam!

Suntik bayi dengan sabun, peluntur

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, suspek yang berasal dari Turki ini dikenali dengan nama Ezgi Korucu. Penderaan tersebut disedari oleh pihak hospital selepas suspek membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan. Suspek yang dihadapkan ke mahkamah mengaku telah mencederakan mangsa berusia 18 bulan itu dengan menggunakan pisau cukur. Boleh dikatakan, habis satu badan bayi itu ‘dikerjakan’ oleh ibu tidak berhati perut ini.

Saya putuskan untuk seksa dia. Saya cederakan kepala, kaki, lengan, dada dan kelopak matanya dengan pisau cukur.

Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian bertindak lebih kejam apabila menyuntik bayinya, Eylul Mira dengan cecair sabun dan peluntur sejak mangsa berusia sebulan sehinggalah umurnya kini mencecah 18 bulan.

‘Maafkan lah saya’

Hal ini berlaku kerana, suspek mengaku tidak sayangkan anak perempuannya itu dan berniat untuk membunuhnya secara senyap. Tetapi menurut peguam, suspek melakukannya adalah disebabkan penderaan yang dialami sepanjang perkahwinannya,

Saya tak sayangkan anak saya dan saya nak dia mati perlahan-lahan.

Menurut sumber, suspek melakukan kerja kotornya itu ketika semua ahli keluarga sedang tidur. Difahamkan, suspek juga sempat menulis surat permohonan maaf kepada ahli keluarga dan anak perempuannya atas tindakan kejam yang dilakukan. Selain meluahkan rasa terima kasih kepada si suami kerana tidak pernah memalukan dirinya di hadapan anak-anak selama 13 tahun bersama.

Eylul, maafkanlah saya. Saya minta maaf kepada orang ramai dan adik-beradik awak. Saya bukan ibu yang jahat.

Jika disabitkan kesalahan, Ezgi boleh dijatuhu hukuman penjara selama 20 tahun.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×