Penyanyi sedang meningkat naik iaitu Daniesh Suffian meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lagu ‘Izinku Pergi’ versi unplugged yang dinyanyikan olehnya mendapat pujian daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Gandingan Kaka Azraff & Daniesh Suffian Hasilkan ‘Karya’ Baharu!
Artikel Berkaitan: ‘Warna Warni’ Aina Abdul & Daniesh Suffian Serikan Tonton Cinema
Dah lama minat lagu Izinku Pergi
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Daniesh sempat berkongsi bagaimana dia boleh terfikir untuk menjadikan lagu tersebut versi unplugged.
Sebenarnya saya dah lama meminati lagu Izinku Pergi ini sejak kecil lagi dan pernah buat cover pun dulu. Tapi tiba-tiba Azlan Abu Hassan (komposer dan penulis lirik) lagu tersebut bagitahu yang dia nak saya rakam semula for the remake unplugged versi.
Saya terus ambil peluang itu dan berterima kasih kepada abang Azlan Abu Hassan sebab memilih saya untuk menyanyikan semula lagu ini. Ini satu penghargaan.
Tambah Daniesh, dia sempat menghantar direct message (dm) dan memberitahu penyanyi asal lagu itu iaitu Kaer Azami sebelum menjalani rakaman semula.
Saya ada dm penyanyi asal dan bagitahu dia pasal lagu remake tu. Alhamdulillah he’s very nice. Dia puji versi saya dia kata dia suka dan dia berterima kasih dekat saya sebab menyanyikan semula lagi itu. Dia siap post dekat ig story about that remake version dan bagi pujian. Alhamdulillah.
Ditanya mengenai respons apabila lagu tersebut mendapat pujian daripada peminat dan netizen, Daniesh hanya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya.
Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada netizen kerana memberi sokongan dan pujian terhadap Izinku Pergi versi saya. Ia menguatkan semangat saya lagi untuk terus berkarya dalam industri tahah air.
Disoal pula mengenai konsep dan idea asal muzik video lagu tersebut, Daniesh berkata, semuanya dirancang oleh pasukannya iaitu World Peace Entertainment.
Konsep MV idea daripada team World Peace Entertainment. Diarah oleh Chesterpadang. Apa yang ingin disampaikan daripada muzik video saya ni adalah “Jika Allah SWT mahu menyatukan dua jiwa, Dia pasti akan menyatukannya. Walaupun jarak antara mereka sejauh langit dan bumi.
Bakat dah mula orang nampak & hargai
Anak kelahiran Sabah ini turut mengakui bahawa sejak kebelakangan ini, bakatnya sebagai seorang penyanyi mula dinampak dan dihargai oleh warganet.
Saya rasa beryukur bila bakat saya dah di nampak dan dihargai. Saya rasa semua penyanyi pun mahu perkara yang sama. Nak karya kita dihargai dan yang paling penting benda itu dapat menaikkan semangat untuk terus memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Berbicara lebih lanjut, Daniesh turut meluahkan rasa lega apabila matlamatnya untuk lagu ‘Jiwa’ yang dikeluarkan beberapa bulan lalu, berjaya mencapai sasaran.
Saya rasa matlamat saya tercapai la. Sebab memang saya buat lagu itu untuk fokus dekat pasangan yang ingin berkahwin. Jadi lagu itu boleh dikatakan untuk majlis perkahwinan. Saya buat lagu itu dengan lirik yang romantik. Seseorang yang ingin menghalalkan pasangannya dan menjadikan pasangannya teman dalam ibadah.
Di samping itu, Daniesh sempat menjawab pertanyaan OhBulan! mengenai raut wajah dan gayanya dikatakan mirip seperti penyanyi Indonesia, Afgan.
Saya ambil itu sebagai pujian kerana Afgan penyanyi yang saya suka dan minat. Tapi dalam masa yang sama saya tak nak orang bandingkan saya dengan penyanyi lain sebab saya mempunyai gaya dan cara tersendiri. Kalau boleh saya nak orang kenal saya sebagai Daniesh Suffian sahaja.
Di akhir temu bual, Daniesh sempat berkongsi mengenai perkembangan kariernya pada masa ini.
Buat masa sekarang, saya masih dalam proses mempromosikan lagu baru saya Izinku Pergi. Selepas ini saya akan buat lagu duet dengan penyanyi perempuan pula.