Gambar sekadar hiasan
Apakah yang korang rasa sekiranya kekasih hati yang korang sayang dan cinta nekad untuk berpisah? Mestilah sedih kan? Pastinya korang inginkan jawapan dan sebab mengapa mereka memilih untuk tidak lagi meneruskan hubungan.
Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki ini apabila dia mendakwa kekasih hatinya sudah tidak mahu lagi mempunyai apa-apa hubungan percintaan dengannya hanya disebabkan oleh ‘mimpi’.
Artikel Berkaitan: Teman Wanita Teruk Dibelasah, Tolak Permintaan Kekasih Psychopath Nak Buat Seks Oral
Tak mimpikan BF
Menerusi laman Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’, seorang lelaki berkongsi tangkap layar memaparkan dirinya yang cuba memujuk kekasihnya untuk meneruskan hubungan percintaan mereka.
Meskipun sudah melakukan pelbagai cara untuk memastikan hubungannya tidak putus di tengah jalan, teman wanitanya itu tetap berkeras mahu memutuskan hubungan.
Wanita tersebut memberi alasan untuk memutuskan hubungan kerana teman lelakinya itu tidak muncul dalam mimpi selepas dirinya melakukan solat sunat Istikharah.
Aku ada cakap sekali (solat sunat) ke? Aku buat seminggu tau.
Saya nak putus sebab tak nampak awak dalam mimpi saya.
Perkongsian lelaki itu meraih perhatian ramai netizen yang ternyata tidak boleh menerima alasan yang diberikan teman wanitanya itu.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati pemuda ini untuk menuruti permintaan teman wanita itu dan memintanya untuk mencari wanita yang akan lebih menghargai dirinya.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyokong tindakan wanita itu yang tidak menunggu lama untuk membuat keputusan selepas membuat solat sunat Istikharah.
Sumber: Facebook