berita

‘Saya Nak Tiup Lilin Tapi Orang Tiup Saya’ – Bila Hari Jadi Bertukar ‘Tragedi’ Lucu

March 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama keluarga atupun rakan-rakan. Pastinya, sambutan itu menjadi satu kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Namun, berbeza pula dengan kisah seorang remaja lelaki ini apabila sambutan hari lahirnya tidak seperti apa yang diimpikannya.

Kisah sedih tak berapa lucu

Menerusi video berdurasi 0:23 saat yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Dxnots memaparkan dia bersama rakan-rakan sedang menyambut hari kelahirannya di sebuah restoran. Mereka yang sedang meraikan hari jadi remaja ini menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ sambil didatangi oleh seorang pelayan restoran yang membawa pinggan yang berisi kek dan lilin.

Remaja ini kemudian meniup lilin tersebut sementara rakan-rakan yang lain menyembur ‘spray party’ ke arahnya. Sebaik sahaja remaja ini menundukkan kepalanya untuk meniup lilin tanpa disangka-sangka api mula menyambar ke arahnya. Tambah remaja ini, dia bersyukur kerana tidak ada apa-apa perkara serius yang berlaku sebaliknya hanya sedikit sahaja rambutnya yang rosak. Sementara itu, remaja ini menyifatkan kejadian tersebut merupakan satu momen yang sedih tapi dalam masa yang sama melucukan.

Reaksi netizen

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian tersebut. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut mengucapkan selamat hari jadi serta mendoakan kesembuhan buat remaja ini.

Sumber: Dxnots

SKIP THIS AD ×