berita

‘Saya Nampak Macam Jenis Tak Tegur Anak Ke? Takkan Semua Benda Nak Beritahu’ – Abby Abadi

September 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Abby Abadi Selar Netizen Nasihat Suruh Tegur Anak

Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan tampil menyelar kenyataan dikeluarkan seorang individu menerusi Instagram (IG) storynya.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Banyak Akaun Palsu Guna Namanya & Anak – ‘Jangan Main Serbu Maki Hamun Orang’

’Ada ke manusia tak buat silap?’

Abby Abadi Selar Netizen Nasihat Suruh Tegur Anak

Menerusi hantaran tersebut, seorang pengikut kepada Abby Abadi menasihatkannya untuk menjadi seorang ibu yang baik dan sentiasa menegur anak-anaknya yang membuat kesilapan.

Moga dapat menjadi ibu yang baik, menegur ketika anak-anak ketika berbuat salah.

Tidak berdiam diri, ibu kepada tiga orang anak itu tampil menjawab ‘nasihat’ yang diberikan tersebut dengan mengatakan bahawa sebagai seorang ibu, dia telah mendidik anak-anaknya dengan baik.

Maksudnya? Saya nampak jenis yang tak menegur anak-anak saya ke? Saya tegur, saya nasihat dan saya didik.

Dari kecil anak-anak semua dengan saya sampai keluar air liur putih dah cakap semua benda.

Takkan semua nak kena share?

Sementara itu, Abby juga menegaskan bahawa setiap yang bergelar manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan menasihati pengikutnya itu semula agar tidak menegur secara berlebihan.

Terdahulu, keluarga Abby dan Norman menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka, Marissa Dania yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga seorang wanita.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga mendakwa dia mempunyai bukti salinan resit bekas suaminya bersama Marissa ‘check-in’ di sebuah hotel.

Untuk info, Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada 2002 dan disahkan bercerai pada 2009. Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×