berita

Abby Abadi Kesal Banyak Akaun Palsu Guna Namanya & Anak – ‘Jangan Main Serbu Maki Hamun Orang’

September 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

abby marissa

Pelakon Abby Abadi mendedahkan banyak akaun palsu dicipta sesetengah pengguna media sosial dengan menggunakan namanya serta anak-anak.

Difahamkan akaun palsu tersebut digunakan untuk mengambil kesempatan susulan kontroversi yang melanda keluarganya ketika ini.

Artikel Berkaitan: Instagram Abby Abadi Kena Serang, Netizen Minta Jaga Mulut – ‘Kesian Mak Dia Tak Bersalah’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Update Sebab Tiada Idea’ – Abby Abadi Minta Doa Orang Ramai

‘Saya okay sahaja’

abby marissa

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan bahawa rata-rata warganet meninggalkan komen negatif malah ada yang mencemuhnya di akaun-akaun palsu tersebut.

Dalam masa yang sama, aktres itu turut meminta agar warganet menjaga adab dalam penulisan dengan tidak melontarkan tomahan tanpa unsur periksa.

Banyak sangat akaun TikTok yang dicipta atas nama saya dan anak-anak saya.

Selepas itu sedap orang maki hamun, dah tak ada kerja agaknya orang Malaysia ni.

Yang komen-komen tu tengok dululah ya. Kalau nak komen sebab akaun itu bukan akaun kami, jangan main serbu sahaja maki hamun orang.

Sementara itu, Abby juga menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan yang baik dan reda menerima setiap ujian yang melanda.

Tak ada rapuh-rapuh la. Saya okay sahaja. Selagi hidup, selagi itulah kita akan diuji, ujian tanda Allah peduli.

Terus jaga diri, jaga solat, jaga hak Allah sebaiknya okay.

Terdahulu, seorang individu bernama Misya menerusi hantaran di platform X (Twitter) mendakwa Marissa iaitu anak kedua kepada Abby Abadi dan Norman Hakim menjadi orang ketiga di dalam rumah tangganya bersama bekas suami yang dikenali sebagai Aslam.

Wanita itu juga mendakwa dia mempunyai bukti salinan resit bekas suaminya bersama Marissa ‘check-in’ di sebuah hotel.

Untuk info, Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada 2002 dan disahkan bercerai pada 2009. Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Sumber: Instagram Abby Abadi

SKIP THIS AD ×