Pelakon, Aeril Zafrel menggesa semua pemilik akaun Twitter berhenti mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan isteri berhubung dakwaan menerima bayaran bagi mempromosikan sebuah parti politik.
Artikel Berkaitan: ‘Karakter Sophia Manja & Lemah Lembut, Memang Mudah Orang Jatuh Hati’ – Aeril Zafrel
Artikel Berkaitan: Nyaris Disaman Sebab Tuduh Aeril & Wawa Dibayar Sokong PN, Individu Tampil Mohon Maaf
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Berlumba Untuk Jadi Dominan’ – Aeril Zafrel
Aeril beri ‘warning’
Menurut Aeril, dia memberi tempoh 24 jam kepada semua pemilik akaun Twitter tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya dan isteri. Bukan itu sahaja, pelakon ‘Sabda Kekasih’ ini turut meminta pemilik akaun tersebut memadam kesemua hantaran yang berunsur fitnah itu.
Tak sabar nak jumpa korang ni. Walaupun sepatutnya aku tak perlu layan sangat korang ni jika ditinjau dari sudut followers. Tapi aku layan juga untuk raikan kebiadapan korang.
Jumpa di mahkamah. Di sana boleh sembang lebih sikit. Aku bagi tempoh 24 jam pada korang untuk buat permohonan maaf terbuka dan delete post berkaitan.
Tambah Aeril, dia boleh mengambil tindakan saman terhadap kesemua individu terbabit. Pada masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun ini turut memberi pesanan agar mereka semua tidak berdegil dan menyesal kelak atas tindakan diri sendiri.
Kalau ikut law aku boleh saja tuntut nanti ganti rugi pada korang secara kiraan mudah RM10 x 490k dan belum campur yang lain lagi.
Supaya situasi ‘makan tak abis’ tak berlaku kat korang adalah lebih baik berkelakuan matang dalam berfikir dan bertindak.
Terbaru, Aeril memberitahu ada di antara pemilik akaun tersebut telah memadam hantaran mereka tanpa melakukan permohonan maaf.
Sumber: @aerilzafrel