berita

‘Saya Orang Sihat, Kenapa Kamu Orang Takut’– Wanita Didakwa Ceroboh Wad Hospital

February 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai memasuki wad di salah sebuah hospital di Miri, Sarawak. Malah, wanita ini juga didakwa tidak mahu meninggalkan kawasan itu walaupun sudah diarahkan oleh petugas kesihatan.

Langgar peraturan hospital

Berdasarkan video yang viral di sosial media memaparkan seorang lelaki sedang baring di atas katil wad sambil menerima rawatan. Dalam masa yang sama, seorang wanita berbaju biru turut berdiri di sebelah katil berkenaan dipercayai untuk menunggu pesakit tersebut.

Walaupun begitu, salah seorang petugas kesihatan dikatakan telah memaklumkan kepada wanita ini bahawa tindakannya itu melanggar peraturan di hospital. Malah mereka juga memintanya untuk keluar tetapi dia langsung tidak mengendahkan malah didakwa telah menimbulkan kekecohan di sana.

Saya mau tunggu dia. Boleh tanya semua orang, pernah ke saya pisah dengan dia.

Difahamkan petugas berkenaan dikatakan terpaksa mengambil video tersebut sebagai bahan bukti kepada pihak polis.

Tak mahu keluar

Tidak terhenti di situ, wanita ini juga didakwa telah meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas kesihatan.

Saya orang yang sihat, kenapa kamu takut dengan orang yang sihat. Saya tidak faham. You already crazy you know. Kamu orang ada pakai baju sangat safety, saya tak ada pakai baju, saya yang bahaya. Kenapa kamu orang takut sama saya.

Kelihatan juga seorang petugas kesihatan cuba mendekati wanita ini untuk berbincang. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila wanita ini melarang petugas kesihatan memegangnya dan memberitahu hanya polis sahaja yang berhak untuk menyentuhnya. Walaupun begitu, sehingga kini tiada info lanjut mengenai video berkenaan.

Penjelasan pihak hospital

Terbaru, pengurusan Hospital Miri di Sarawak telah menafikan dakwaan bahawa seorang wanita terlepas masuk ke wad pesakit Covid-19 untuk melawat salah seorang ahli keluarganya. Sebaliknya kejadian itu berlaku kerana ahli keluarga pesakit enggan memberikan kerjasama dalam mematuhi polisi hospital.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×