berita

‘Saya Pasti Rayqal & Dre Akan Gembira’- Ucapan Jejai Untuk Nora Danish Ini Buat Netizen Terharu

April 1st, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

2

Sehari sebelum Sharnaaz Ahmad bergelar suami, Nora Danish juga telah melangsungkan perkahwinan dengan Nedim, atau lebih dikenali sebagai Bossned. Mereka menjalinkan hubungan cinta agak lama, dan akhirnya mereka ambil keputusan untuk hidup bersama. Kami pasti ramai peminat Nora Danish gembira dengan berita ni.

Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh rakan-rakan artis, keluarga dan juga bekas suami Nora, iaitu Jejai. Wahh, sporting nya.. Kelibat Jejai pada hari istimewa Nora itu telah mendapat pujian dari Netizen dan ini ucapan Jejai untuk pasangan pengantin baru itu.

‘Saya pasti Rayqal dan Dre akan teruja & gembira’

Screen Shot 2017-04-01 at 2.03.43 AM

Ned, saya ucapkan tahniah untuk awak. Saya sangat gembira untuk awak dan Nora. Saya ucapkan semoga anda kekal bahagia untuk tahun-tahun yang akan datang dan hubungan yang erat antara awak dan Nora. Semoga kekal ke akhir hayat InsyaAllah.

Nora, saya doakan kebahagiaan untuk anda sempena hari yang sangat istimewa ni. Jujurnya, saya amat gembira kerana anda berdua ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tahniah! Semoga kehidupan anda bersama akan penuh dengan kasih sayang dan kekal bahagia. Saya pasti Rayqal dan Dre akan teruja dan gembira pada saat bahagia antara awak dan Ned.

Screen Shot 2017-04-01 at 1.52.16 AM

Screen Shot 2017-04-01 at 1.51.46 AM

Screen Shot 2017-04-01 at 1.51.13 AM

Sumber: Instagram rizalashramrnt

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×