berita

‘Saya Penat… Rasa Macam Nak Gugurkan’ – Anak Autisme Dipandang ‘Jelek’ Masyarakat, Wanita Ini Kongsi Pengalaman

February 23rd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Anak-anak yang mengalami masalah autisme kebiasaannya akan terganggu perkembangan yang mengakibatkan masalah komunikasi dan kemahiran sosial. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memahami persekitaran dan lebih sensitif. Bukan sahaja ibu bapa, orang awam juga sepatutnya sedar akan perkara ini dan tidak terlalu mudah menghukum anak autisme.

Seperti yang dikongsi guru taska ini, dia melihat sendiri situasi di mana seorang ibu yang mempunyai anak autisme dipandang jelek orang lain. Nasib baik dia mempunyai pengalaman dan berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Kenapa tak tinggal aje kat rumah dah tau anak tak betul

(Sekadar gambar hiasan)

Hari ni tecer nak cakap something, selepas 2 minggu dan beberapa hari ini ulang alik hospital. Dalam tempoh itu tecer melihat situasi anak syurga yang dibawa ibu bapa ke hospital dan bagaimana melihat penerimaan masyarakat.

Situasi 1 – Anak dalam usia 3 tahun setengah, ikut ibu A pergi dapatkan rawatan. Sangat hyper, sampai beg orang yang duduk di tarik, si ibu A sedaya upaya cuba mententeramkan. Orang dewasa di kanan kiri mula menunjukkan reaksi tidak puas hati. Si ibu A sudah rasa malu tambah lagi tidak sihat, nampak stress sangat muka. Si anak jalan ke arah sepasang suami isteri dan seorang anak kecil, lalu ambil mainan. Menangislah budak itu, si ibu B yang anak menangis menjengelkan mata tanda marah. Si ibu A memujuk anaknya pulangkan mainan sambil mulut tak henti minta maaf.

Ibu A : Maaf anak saya autisme … dengan suara terketar2

Dalam hati tecer cakap betul la sangkaan tecer mesti anak ibu A istimewa. Dia pandang tecer dan tecer senyum. Dia tarik anaknya duduk. Tiba-tiba ibu B bersuara, kenapa tak tinggal aje kat rumah dah tau anak tak betul… perghhh!! Menyirap dengar tapi sabarlah, tak kan tecer pulak nak tegurkan. Ibu A tunduk sambil peluk anaknya. Dah nama anak autisme manalah boleh diamnya. Masih dengar ibu B mengomel. Tecer bangun dan pergi kaunter, tanya lama lagai ke giliran ibu A. Tecer explain betul-betul keadaan ibu A. Nurse kaunter angguk-angguk dan cakap akan cuba minta doktor cepatkan gilirannya. Tecer duduk semula, ramai yang pandang tecer. Ibu A senyum sayu pada tecer. Hati dia Allah yang tahukan. Memang sedih…

‘Saya penat sangat ni kak, saya pregnant rasa nak gugurkan’

(Sekadar gambar hiasan)

Tak sampai pun 3 minit anak ibu A mula menunjukkan akan tantrum, sedaya ibu A peluk anaknya, pujuk, orang keliling mula pandang macam budget bagus. Kau orang punya pandangan tu tecer sangat boleh agak. Bila keadaan makin tegang, tecer teringat dekat handbag tecer ada banyak keychain, tecer sengaja bunyikan keychain, mula anak ibu A tak pandang, tecer kuatkan sikit bunyi keychain dan dia mula pandang. Tecer buat tak tahu je. Pelan2 dia datang dekat dan tengok keychain besi tecer.

Tecer panggil dan letak beg sebelahnya, ulang2 dia pegang dan dia akan goyangkan tanganya bila dengar bunyi keychain mean dia suka. Bila dia mula seronok tecer ambil keychain kutuk-kutuk and nyanyi johny2 pelan2, dia ketawa smbil goyangkan tangan. Aduhai teringat anak2 syurga tecer. dia tarik beg tecer tengok dalam beg, tecer keluarkanlah barang2 ada pen, ada buku, ada hand phone, ada make up hahaha…tapi dia tertarik tasbih pink tecer yg beli dengan mama Roslinah Md Sarip dibelek2 diletak atas lantai, dimasukkan mulut.. dia pandang muka tecer sambil ketawa tunjuk tasbih, tecer pun dengan konfiden baca subhanAllah pelan2, ibu A perhati je dengan senyum. Tiba2 anak tu terlena sambil tangan masih pegang tasbih. Tak lama nurse panggil ibu A, tecer bagi isyarat suruh ibu A masuk tecer tengokkan anaknya.

Tak lama ibu A kluar, dia ambil anaknya lepas bual sekejap, tak henti2 ucap terima kasih. Apa yg buat hti tecer sebak bila ibu A cakap

Ibu A : Dia tak pernah tido siang kak, walau seminit, malam jam 2 pagi baru tido. Saya penat sangat kak, ni saya pregnant, rasa mcm nak gugurkan. Saya tak larat kak.

Terkedu tecer dengar. Boleh bayangkan tak betapa stressnya ibu A. Ibu B dan yang lain2 mula beri perhatian. Tecer cakap pelan2 suruh sabar. Tecer offer anta anak tmpat tecer tengok apa boleh tlong. Tiba2 dia peluk tecer, nangis. Saya tak pernah jumpa org baik macam akak boleh terima anak saya. Semua orang benci anak saya. Orang kata anak saya jahat. Tecer tepuk-tepuk badan dia pelan2. Ibu B kesat air mata.

Apa tecer nak cakap…

Stoplah pandangan negatif pada anak2 syurga . Mereka bukan jahat mereka sangat istimewa. Mereka perlu layanan sama rata dari masyarakat sekeliling. Mereka juga ada hak sama macam anak lain. Berilah sokongan pada mereka dan keluarga mereka. Mereka semua tak minta jadi seperti itu. Kita kenalah sama-sama menyokong mereka bukan hina mereka. Kita tak tahu derita hati mereka lalui smua ini.

For parent luar sana yg macam ibu A, terus tabahlah jangan pendam sorang2, Allah ada dan tecer ada sedia mendengar. boleh call tecer, wsupp tecer. In shaa Allah selagi tecer sihat kita akan bantu anak-anak syurga semampu kita ya..

Sumber : Ariana Best Smart Kids

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×