berita

‘Saya Pendam Dah Lebih 10 Tahun’ – Nikki Palikat Akui Hanya 3 Tahun Bahagia Berumah Tangga

June 28th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Nikki Palikat membuat pengakuan mengejut bahawa dia dan komposer terkenal Audi Mok, sudah berpisah, dan menganggap perceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.

Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Saya Sudah Bercerai Dalam Tempoh Pandemik’ – Nikki Palikat

Dah lebih 10 tahun pendam

Foto: Instagram Nikki Palikat

Memetik laporan Utusan Malaysia, Nikki mengakui bahawa sudah lama dia memendam rasa sejak 10 tahun lalu, dan mengaku cuma bahagia menikmati alam rumah tangga pada tiga tahun awal perkahwinan mereka.

Nikki berkata, banyak memori tercipta dalam tempoh 13 tahun berkahwin dengan Audi, dan kehadiran putera tunggal mereka, Liam, 12 tahun, membuatkan masing-masing cuba menjadi ibu bapa yang baik.

Saya pendam sudah lebih 10 tahun, saya cuba untuk perbaiki tapi kalau sudah tiada keserasian, tak guna juga.

Tak dinafikan, kami sehingga kini baik-baik sahaja. Sebagai ibu bapa kepada Liam, kami mahu jalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Tapi tidak mampu teruskan hubungan ini sebagai suami isteri.

Saya akui, mungkin sewaktu kami berkahwin, usia saya masih muda. Selepas banyak percanggahan berlaku, menyebabkan kami sedar bahawa mungkin tiada keserasian antara kami.

Tetapi, kami masih anggap diri seperti kawan. Semasa saya sertai Gegar Vaganza musim lalu dan jatuh sakit pun, dia ada datang melawat di hospital. Siap masakkan saya makanan.

Audi masih sokong kerjaya seni

Meskipun itu, Nikki yakin bahawa Audi akan terus menyokong kerjaya seninya dan tetap melayan dirinya dengan baik, sebagai ibu kepada Liam.

Ditanya mengenai punca perpisahan, Nikki bagaimanapun tidak menolak kesibukan kerja menjadi faktor utama keputusan itu terpaksa dibuat.

Waktu itu kami berdua sibuk kerja. Mungkin juga kerana pandemik dan masing-masing sedang bergelut dengan kerja. Tetapi, walau berpisah, ia bukan alasan untuk saya dan Audi tidak menghargai waktu-waktu bersama dahulu.

Kami tetap menganggap perkahwinan dahulu adalah sebuah rahmat untuk kami.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

SKIP THIS AD ×