berita

‘Saya Percaya Ada Elemen Hasutan Jenayah & Fitnah’ – Faizal Azumu

August 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Faizal Azumu Buat Laporan Polis, Didakwa Buat Gangguan Seksual

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis berhubung dakwaan yang tular mengenai dirinya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Ahli Politik Dibuang Parti Politik, Lunyai Dipukul Orang Kampung Kerana Rogol Dua Anak Kandung

Didakwa lakukan gangguan seksual

Faizal Azumu Buat Laporan Polis, Didakwa Buat Gangguan Seksual

Menurut Ahmad Faizal, laporan polis itu dibuat susulan dakwaan dibuat oleh seorang individu yang mendakwa dirinya melakukan gangguan seksual.

(Jadi) Saya mengesahkan bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan saya percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah.

Dokumen berkenaan menyebut masa, tarikh dan lokasi tentang ‘interaksi’ tertentu.

Saya juga memaklumkan kepada pihak polis bahawa pada hari dan waktu berkenaan saya berada di Negeri Sembilan kerana menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu. Ramai saksi yang boleh mengesahkan kehadiran saya.

Bekas Ahli Parlimen Tambun itu turut berkata, dia menafikan sekeras-kerasnya laporan palsu yang dibuat terhadapnya itu dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Saya juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit.

Saya harap dalam tempoh berkempen ini, kita hanya berbicara tentang politik dan polisi yang boleh memajukan negara. Serangan berbentuk peribadi tidak memberikan sebarang manfaat dan hanya membazirkan masa dan sumber pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan bahawa laporan polis ditarik balik pengadu pada hari yang sama laporan dibuat.

Terdahulu, tularnya dakwaan dibuat seorang wanita yang mendakwa Ahmad Faizal melakukan gangguan seksual dengan menggunakan kata-kata berunsur lucah di hadapannya.

Susulan itu, wanita itu memuat naik laporan polis yang dibuatnya di media sosial sehingga menjadi perbualan wargamaya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×