Pelakon Anzalna Nasir berkongsi sebuah rakaman video di mana dia melakukan trend meminta anaknya, Mohamad Eidrees memilih hadiah serta tempat makan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-5, baru-baru ini.
Ternyata hadiah yang dipilih oleh Eidrees pada masa itu bukan ‘beshe-beshe’ sehingga netizen menyifatkannya sebagai anak yang bertuah.
Berikutan video tersebut juga, segelintir netizen mula berteka-teki mengenai pekerjaan suaminya, Hanif Zaki. Ini kerana, kehidupan pelakon itu didakwa sangat mewah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bagi Anak Pilihan Nak Hadiah Apa Sempena ‘Birthday’, Netizen Usik Anzalna Nasir ‘Nak Jadi Anak Angkat Boleh?’
Tak perlu tunggu lelaki
Terpanggil untuk menjawab pertanyaan netizen, Anzalna berkata, bukan semua wanita mengharapkan duit suami untuk nampak mewah. Tambah Anzalna, wanita zaman sekarang ramai yang bekerjaya dan bijak dalam menguruskan kewangan.
Tak perlu menunggu lelaki untuk mewahkan hidup. Kalau suami hulurkan duit Alhamdulillah. Kalau dapat suami kedekut Innalillah. Hidup jangan sesekali mengharapkan orang lain.
Berbicara mengenai video membahagiakan anak sempena hari lahir, pelakon ‘Memori Cinta Suraya’ ini memberitahu dia sudah menyediakan segalanya untuk masa depan anak-anak dan diri sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.
Maaf ya 100 peratus duit mommy dia. Saya perempuan yang tak mengharapkan lelaki. Sebelum kahwin dah sediakan segalanya untuk masa depan saya dan anak-anak.
Terdahulu, Anzalna dilihat menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya itu. Selain wang tunai, Eidrees memilih dompet dan makan di restoran jenama mewah.
Sumber: Anzalna Nasir