
Genap seminggu pemergian suami, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, pelakon, Zizie Izette mengakui dirinya perlu belajar menerima hakikat bahawa insan yang dicintainya itu telah pergi buat selama-lamanya.
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Hanya Miliki IG – ‘Jika Nampak Video Bersama Arwah Di Platform Lain, Itu Bukan Dari Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Awak Terlalu Baik, Saya Masih Tak Percaya Awak Dah Tak Ada’ – Zizie Izette
Seminggu pemergian suami

Menerusi hantaran di Instagram Story, Zizie, 47, berkata dia perlahan-lahan menemukan kekuatan baharu dalam meniti hari-hari seterusnya tanpa arwah di sisi.
Apa yang akan saya katakan ini bukan bermaksud rindu saya pada awak semakin berkurang. Sudah tujuh hari sejak kamu pergi dan kini saya dapati diri mampu tersenyum dan ketawa sedikit. Hati yang sedih terasa sedikit ringan.
Bukan kerana kasih itu telah pudar. Tetapi kerana saya perlahan-lahan menerima kenyataan bahawa awak benar-benar telah tiada dan saya mahu awak melihat saya sedikit lebih bahagia.
Dalam hantaran sama, Zizie percaya arwah juga tidak mahu melihat dirinya terus bersedih walaupun jauh dalam sudut hati masih sukar untuk berdamai dengan takdir Ilahi.
Awak tahu selama ini saya berkabung, berduka dan hancur secara senyap. Tetapi untuk tahlil hari ketujuh ini, saya cuba menjadi lebih kuat untuk kamu. Saya tahu awak tidak mahu melihat saya sedih sepanjang masa.
Walaupun sebahagian dari diri saya rasa bersalah apabila merasai sedikit kebahagiaan, saya juga tahu awak akan menjadi orang pertama yang menyuruh saya untuk terus hidup, ketawa dan melangkah ke hadapan.
Malam Khamis kita berkumpul untuk mengenang awak, kebaikanmu, hati pemaafmu, semangat ceriamu dan caramu yang sentiasa memilih untuk berbaik sangka terhadap manusia. Beginilah cara saya mahu mengingati kamu.
Pada 5 Disember lalu, Allahyarham Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
Jenazah Allahyarham kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas sekitar jam 2.10 petang pada hari yang sama.
Zizie dan arwah mendirikan rumah tangga pada 2009 dan pasangan itu dikurniakan tiga anak kandung selain dua anak angkat.
Sumber: Instagram








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)