berita

‘Saya Perlu Jadi Macam Awak..’ – Ucapan Hari Jadi BCL Buat Arwah Suami Undang Sebak

September 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Pemergian Ashraf Sinclair sangat memberi kesan yang mendalam kepada isterinya, Bunga Cinta Lestari. Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut. Pasangan ini mula mendirikan rumah tangga pada 2008 dan hampir 12 tahun bersama.

Artikel Berkaitan: Mahu Berdamping Dengan Suaminya, Bunga Cinta Lestari Tempah Liang Lahad Bersebelah Ashraf Sinclair

Bunga hari ini, membuat posting mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya yang menyambut ulang tahun ke-41.

Ucap ‘Happy Birthday’

https://www.instagram.com/p/CFPx3PcFvpg/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi posting Instagram BCL, beliau mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya dan akan terus menyayangi suaminya sehingga ke hujung hayat. Caption yang digunakan sangat menyentuh hati dan mengucapkan terima kasih kepada arwah suaminya atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

Posting tersebut mendapat lebih 800k likes dan 10k komen daripada orang ramai.

Al-Fatihah

Rakan-rakan artis juga tidak melepaskan peluang untuk turut mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah Asyraf dan turut mendoakan supaya arwah tenang di sana.

Sumber: Bunga Cinta Lestari 

SKIP THIS AD ×