berita

‘Saya Perlukan Pekerjaan’ – Johnny Depp Buat Kejutan Jadi ‘Angkasawan’ Di MTV Video Music Awards

August 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Kembali membina semula namanya selepas terbabit dalam kes saman fitnah, pelakon terkenal Johnny Depp membuat kemunculan mengejut sebagai seorang angkasawan terapung di MTV’s Video Music Awards (VMA), semalam.

‘Apa-apa yang anda boleh bagi’

Pada malam anugerah video dan musik itu, muka Depp ‘ditampal’ secara digital pada helmet seorang angkasawan yang terapung, sebagai gimik lambang patung rasmi VMA.

Sepanjang siaran langsung anugerah tersebut, Depp beberapa kali berseloroh bahawa dia memerlukan pekerjaan tersebut, selain membuat tawaran bahawa dia juga tersedia untuk majlis-majlis lain.

Saya perlukan pekerjaan ini.

Ulang tahun hari lahir, majlis di bar, perkahwinan, apa-apa kerja yang anda boleh bagi.

Terdahulu, Depp dianugerahkan AS$15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Pelakon itu juga bakal memainkan watak King Louis XV dalam sebuah filem Perancis, ‘Jeanne du Barry.’

Sumber: Reuters

SKIP THIS AD ×