berita

‘Saya Pernah Alami Kemurungan Teruk’- Fathia Latiff Dedah ‘Penyakit’ Dialami Kerana Sokong Tun Dr Mahathir

May 15th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Pelakon kontroversi Fathia Latiff tidak lama dahulu sering menimbulkan isu di sosial media contohnya di Twitter dan juga Instagram. Tingkah lakunya sering dianggap ‘pelik’ oleh orang ramai. Salah satu isu yang menimbulkan perbalahan adalah apabila pelakon cantik itu menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Fathia akui bahawa dirinya pernah mengalami kemurungan teruk akibat daripada komen negatif orang ramai. Jom baca luahannya ini.

‘Saya tidak faham apa salah saya..’

Fathia mendedahkan kepada orang ramai bahawa dia pernah menghadapi kemurungan kerana dikecam dan dicaci orang ramai susulan sokongannya terhadap Tun M.

Saya bersyukur apabila keperitan yang dilalui sudah berakhir dan berharap tiada sesiapa yang akan melalui pengalaman yang sama.

Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya.

Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Mahathir. Saya tidak berniat untuk memasuki dunia politik pun.

Walaubagaimanapun, Fathia menganggap semua yang terjadi ada hikmahnya.

Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulillah, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan.

Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya.

Terdahulu, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat serta sokongan kepada Tun M yang ketika itu memihak kepada pembangkang.

Sumber: Astro Awani

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×