Selebriti media sosial, Caprice memohon maaf kepada semua pihak susulan tindakannya memuat naik video memperlihatkan seorang pemuda bernama Irfan melutut di hadapan isterinya, Farra Inalis.
Artikel Berkaitan: ‘Salah Ke Minta Melutut? Dia Cakap Anak Aku Macam Dajjal, Muka Hisap Batu’ – Isteri Caprice
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Hina Anak Caprice & Isteri Melutut Minta Maaf – ‘Baru 23 Perangai Macam Sampah’
Tutup Kes!
Menerusi hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memberitahu dia telah memadam video tersebut selepas mengambil pandangan beberapa pihak termasuk ustaz dan pengikutnya.
Pun begitu, Caprice ada memuat naik video baharu dengan versi sama namun memotong bahagian pemuda itu sedang melutut.
Selepas saya pertimbangkan pendapat pengikut, ustaz, isteri dan semua orang, saya ambil keputusan untuk padam video lama di babak melutut dan muat naik semula video baharu sekali gus tutup kes.
Saya harap boleh jadi satu pengajaran besar untuk semua ‘keyboard warriors’ dekat luar sana yang berani maki atau hina kanak-kanak. Berani buat, berani tanggung. Saya mohon kepada semua pihak yang tidak bersetuju dengan bahagian melutut itu.
Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, Caprice berharap isu tersebut dapat dilupakan dan dijadikan pengajaran semua pihak.
Malah, dia memaklumkan ibu bapa pemuda tersebut juga tiada masalah dengan tindakannya terhadap anak mereka.
Tutup kes ya, mak bapak budak itu okay dengan tindakan saya. Jadi kepada siapa-siapa yang masih tidak puas hati dengan cara isteri saya, dah boleh move on.
Jom sama-sama kita berjuang lawan budaya membuli siber. Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal apa itu adab. Pengajaran untuk semua.
Terdahulu, seorang pemuda yang dikenali sebagai Irfan dibawa berjumpa dengan isteri Caprice, Farra Inalis untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anak mereka.
Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Farra dilihat sedikit beremosi sebelum meminta pemuda terbabit melutut di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan Farra telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.
Untuk info, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November 2022. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.
Farra juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Instagram