berita

‘Saya Pun Nak Sangat Jadi Autism’ – Anak Kedua Luah Rasa Sedih Dipinggirkan Ibu

April 4th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kasih ibu dalam membesarkan anak sesungguhnya tidak ternilai harganya dengan wang ringgit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak meskipun terpaksa berkorban nyawa.

Namun, ada kalanya ibu terlepas pandang kerana terpaksa menumpukan lebih perhatian kepada si kakak yang autisme. Baca perkongsian sedih ini;

Anak aku ni rapat umur dia

Harini aku nak tulis pulak kesilapan kedua aku sepanjang tempoh membesarkan anak Autism. Semalam aku share tentang Lana.. Dan harini aku nak share tentang Luqman, anak kedua aku.

Mereka ni kembar lain tahun. Aku besarkan 2 anak ni memang agak mencabar. Emosi aku sangat teruk sewaktu membesarkan anak-anak. Kalau aku terbaca tentang ibu muda yang pening membesarkan anak-anak yang masih kecil, aku faham sangat. Tak semua orang boleh handle emosi dengan baik.

Seperti yang aku selalu cerita, anak aku ni memang rapat umur mereka. Perangai pun macam kembar. Sepanjang aku besarkan 2 orang ni memang aku macam orang gila, sebab aku tak ada support system yang kuat bila aku di luar negara. Aku seorang diri setiap hari bila ayah mereka bekerja. Aku seorang diri menguruskan emosi mereka di dalam flight pulang ke malaysia.

Penat mental fizikal, sebab anak aku Lana bukan seperti sekarang. Dia juga pernah ada fasa mencederakan diri dia dan orang keliling dia, main najis habis lantai dinding rumah, dia pernah hantuk kepala,dia pernah gelak tak tentu hala , berpusing (stimming) tak kira masa. Aku memang malu bila nak kemana-mana pun. Malu dengan masyarakat, malu dan sedih dengan pandangan manusia pada kami.

‘Saya pun nak sangat jadi autism’

Kesilapan aku, emosi tak cantik tu buatkan aku selalu “BURST” pada anak-anak. Paling teruk Luqmanul Hakim. Dia selalu kena tengking, dia selalu diabaikan sebab aku rasa dia selalu ganggu aku nak buat terapi pada lana.

Aku hanya sedar kesilapan aku pada umur Luqman 4 tahun. Aku sayang sangat dia. Tapi aku tak pandai nak zahirkan. Oh ya, aku memang balik ke Malaysia seorang diri jauh dari orang lain hanya semata-mata untuk sekolah Lana. Jadi bila terlalu tertekan, aku sendiri tak terurus. Bagaimana nak urus emosi anak jika aku sendiri tak betul?

Luqman sangat pasif. Dia seorang anak yang low self esteem. Dia selalu rasa tak confident dengan diri dia. Sampailah satu hari di sekolah dia mengadu pada cikgu tadika.. aku tak berapa ingat ayat tu tapi lebih kurang macam ni lah,

“Nanti kalau macam tu mesti Lana yang selalu dapat. Mama selalu bagi pada Lana, saya selalu tak dapat”.

Ada sekali tu dia tengok magazine ada la Lana masuk beberapa Magazine waktu tu..dia cakap..

“Saya pun nak sangat jadi Autism. Boleh jadi macam Lana, dapat macam-macam, new toys (bahan therapy), masuk magazine, famous,”

Pangggg!! Aku baru tersedar.

Luqman anak yang baik

Allahuakbar. Memang aku selfish sangat sepanjang besarkan mereka. Aku rasa aku dah bekorban tapi sia-sia umur Luqman bila aku lansung tak peduli perasaan dia? Wallahi, aku bukan ibu yang sempat nak tanya perasaan anak aku. Jahil sungguh aku.

Sejak dari tu la aku tersedar, Allah berikan aku anak ke 2 ni untuk aku jaga dengan baik, supaya dia dapat bantu tengokkan Lana bila aku tak ada nanti. Aku minta maaf bersungguh-sungguh pada dia selalu peluk dia, spend masa berdua dengan dia, buat dia happy.

Sampai ke hari ni aku selalu cakap

” Terima kasih Luqman. Luqman anak yang baik. Terima Kasih selalu tolong mama, selalu tengokkan Lana, jaga mayraa, mama sayang luqman tau.”

Aku selalu cium dan peluk dia.

Luqman memang aku tanamkan sifat bertanggungjawab bukan hanya menjaga lana. Dari sejak peristiwa aku tersedar dari kesilapan aku tu, aku memang ajar dia untuk sama-sama buat kerja rumah. Aku dah mula buat dia jadi ketua. Aku buat dia rasa confident.

Setiap malam waktu dia kecil tu, aku dah mula cerita pada

“Luqman, lana ni Special. Lana ni Autistic. Luqman kena jaga kakak, Luqman kena bantu kakak. Allah sayang sangat Luqman sebab luqman anak yang baik,adik yang baik”

Luqman sangat matang, jaga Lana

Bukan senang untuk menjaga hati anak-anak yang lain. Luqman tu dari kecil beralah pada Lana sampai sekarang. Cuma bezanya dia dah faham kenapa dia perlu beralah.

Lana 11 years tapi aku masukkan dia ke kelas Luqman. Mereka di sekolah swasta, jadi Principal boleh terima untuk aku turunkan kelas Lana. Dari mereka kecil aku buat luqman ni macam “teacher aid” Lana. Luqman memang akan make sure kakak dia sentisa dalam kelas. Bila hilang je, berlari dia cari kakak dia sambil panik.

Kalau siapa pernah tengok macamana Luqman jaga Lana, memang akan nampak Luqman sangat matured pada umur dia. Mereka sangat jarang bergaduh. Sebulan sekali tu ada la tapi memang sangat jarang. Sesekali aku terdengar Lana cakap pada Luqman kalau mereka gaduh,

“You are supposed to take care of me Luqman! Because I’m Autistic!”

Hahahahhahaha..hampeh tol Lana. Tapi Luqman terus cakap

“Ok ok ok Lana. Sorry”.

Sesekali aku akan minum berdua dengan Luqman. Sembang dengan dia. Tanya masalah dia. Aku belikan dia hadiah tanda terima kasih pada dia. Daddy mereka masih di luar negara sampai sekarang. Bukan senang berjauhan dengan ayah dan hanya berjumpa setiap 3 bulan. Alhamdulillah daddy mereka sangat concern tentang perkembangan mereka. Sentiasa mahukan yang terbaik buat mereka.

Mama minta maaf

Sehingga sekarang, Luqman akan jadi imam pada kakak dan adik dia. Luqman sentiasa akan make sure semua orang selamat setiap kali keluar kereta, lift, atau kemana saja dia pergi. Sifat tanggungjawab dia tu memang aku rasa hadiah paling mahal buat aku sepanjang aku jadi Ibu. Kalau mama tak ada satu hari nanti, mama nak Luqman tahu, mama sayang sangat Luqman, mama minta maaf sangat sebab mama pernah sakitkan fizikal dan emosi luqman?

Aku bukan Supermom. Aku ibu yang sentiasa belajar dari kegagalan. Aku sentiasa mencari bagaimana untuk jadi ibu yang terbaik.Beruntunglah kalau kau dilahirkan dengan jiwa yang sangat positive dan kasihkan anak-anak sejak dari kandungan pertama. Sebab aku bukan ibu yang begitu.

Kalau kau tanya aku menyesal tak hidup penuh kesilapan pada anak? Aku menyesal tak mencari ilmu kerana zaman aku bukan ada sangat kesedaran tentang ilmu parenting macam sekarang. Aku tahu Allah nak aku sampaikan kesilapan aku ni pada semua supaya jadi Iktibar. Nak membentuk adab dan akhlak anak-anak memang perlu bermula dari kecil dan kitalah sendiri sebagai contoh pada mereka.

Kepada ibu bapa

Allah pilih aku untuk stop everything kesilapan aku pada anak-anak supaya anak-anak takkan ulangi kesilapan yang sama pada keturunan mereka.

Membesarkan anak istimewa memang mencabar. Walaupun aku hanya diuji dengan seorang, tapi aku harap sangat korang semua jadilah ibu yang terbaik. Jika Allah takdirkan korang besarkan anak sendiri, tanpa seorang suami disisi, maka kuatlah demi amanah tuhan ini. Carilah ilmu untuk positifkan diri korang dahulu supaya emosi anak tak tercalar sama.

Dan buat mereka yang begelar ayah, sentiasalah jadi pendengar yang terbaik bila isteri terlalu letih uruskan anak-anak. Ambil peduli tentang masalah dan progress anak-anak. Sesekali raikan isteri dan anak-anak. Sesekali, buatlah therapy bersama. Luangkan masa dengan anak-anak. Jika waktu kecil ni mereka rasa tak disayangi, jangan harap la mereka akan sayang kita pada waktu hari tua nanti.

Sumber : Syahirah Omar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×