Penyanyi Ayda Jebat memberitahu dia tidak berasa kecewa selepas mendapat tempat kedua dalam program realiti The Hardest Singing Show (THSS) pada malam Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakit Fizikal & Mental, Ada Artis Senior Dengki Dengan Aisha Retno? – ‘Saya Pernah Mengidolakan Mereka Sebelum Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Dari Segi Persembahan Memang Tak Sesuai Saya Dengan Dia’ – Stacy
Sudah beri yang terbaik setiap minggu
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ayda berkata, semua peserta layak untuk menang kerana mereka sudah berusaha sepanjang 10 minggu untuk memberikan persembahan yang sangat baik.
Bagi saya, semua orang layak untuk menang sebab semua ada kreativiti masing-masing dan mereka menggunakan kelebihan masing-masing. Siapa-siapa boleh jadi juara. Bagi saya Aepul layak menang. Lagi satu rezeki memang Allah dah tetapkan siapa yang dapat.
Kalah atau menang itu adat pertandingan. Paling penting saya belajar sesuatu yang baru setiap program yang saya masuk.
Disoal mengenai kos yang dikeluarkan sepanjang program ini, pelantun suara ‘Pencuri Hati’ ini memberitahu dia tidak mahu bercakap mengenai soal tersebut.
Saya tak nak cakap pasal kos. Bukan saya nak tabur duit untuk menang, saya memang particular pasal penampilan, props dan segala aspek.
Tak kisah dalam program televisyen mahupun menghadiri show. Semua artis ada cara masing-masing. Saya nak apa yang saya buat orang akan ingat sampai bila-bila.
OhBulan! sempat bertanya kepada Ayda sama ada dia serik ataupun tidak untuk menyertai pertandingan seperti ini lagi. Menurut Ayda, dia dalam perancangan untuk melakukan konsert sendiri selepas ini.
Mungkin ada orang kata saya asyik dapat nombor dua, macam kena sumpahan atau apa. Bagi saya sendiri, ini kepuasan.
Saya rasa puas sebab ini pertandingan yang sesuai dengan saya. Dia macam pertandingan kreativiti. Dapat nombor dua itu pun saya rasa macam biar betul. Malam ini memang malam Aepul.
Saya rancang nak buat konsert sendiri selepas ini. Apa salahnya saya labur duit dekat konsert saya sendiri.
Saya harap apa yang saya buat dalam pertandingan ini, penonton suka, tertarik dan akan beli tiket konsert saya nanti.