Di Facebook seorang aktivis bebas, Syed Azmi berkongsi kisah mengenai seorang gadis yang didakwa dicabul oleh ahli keluarganya sendiri. Lebih menyedihkan, gadis tersebut buntu sama ada untuk membuat laporan polis kerana ianya melibatkan maruah keluarga.
Saya takut sebenarnya
“Salam tuan, maaf mengganggu, saya Sue umur 20, nak tanya untuk kes pencabulan oleh ahli keluarga terdekat, kalau kita just buat report polis tapi tak nak apa-apa tindakan dibuat boleh ke? Tujuan buat report hanya untuk melindungi diri pada masa akan datang kalau ada issue berbangkit.”
Jawapan: Boleh. Kira macam buat Cover Note. Tapi kalau pegawai polis atau IO tu rasa ada enough evidence untuk buka kertas siasatan mereka boleh buat siasatan. Kalau kanak-kanaklah. Yang part susah is evidence. Tapi saya faham kalau kita di tempat mangsa macam mana. And i have to respect her.
“Maaf bang, tapi saya takut sebenarnya. Takut tetiba polis datang rumah untuk siasat, saya tak nak macam tu?” Jawapan: Kalau just Cover Note tak ada tapi saya kekalkan jawapan sama seperti di atas.
Menurut Syed Azmi, gadis tersebut bertanya sama ada dia boleh membuat laporan polis bertujuan untuk melindungi diri sendiri. Dia mendakwa dicabul ahli keluarga terdekat ketika pulang menziarahi keluarganya. Jelas Syed Azmi lagi, gadis tersebut boleh membuat Cover Note. Tetapi, jika ada sebarang bukti yang membolehkan pegawai polis atau IO membuka kertas siasatan, tindakan lanjut akan diambil.
Tak kira derhaka ka?
Sekadar gambar hiasan
Boleh buat secara private kan? Tak perlukan sign parents ke ape ke?” Jawapan: atas sebab umur, biasanya tiada dan kalau libatkan keluarga dalam rumah yang sama pun tak.
“Tapi kalau buat tak kira derhaka ke?” Jawapan: Apa yang ayah atau mana mana orang dewasa keluarga atau mana mana dewasa pun salah sebab tugas mereka melindungi anak anak. Nampak tak persoalan yang timbul dalam pemikiran mangsa. Dan bila nak melindungi mangsa, ini tak boleh dikira mengaibkan keluarga ye. Please. Saya bertugas di Mahkamah hari ni. Doakan saya.
Gadis tersebut turut meluahkan perasaan takut sekiranya pihak polis datang ke rumah bagi tujuan siasatan. Tambah Syed Azmi, seorang ayah atau mana mana orang dewasa dalam keluarga perlu melindungi anak anak.
Sumber: Syed Azmi