berita

‘Saya Rasa Ini Ramadan Terakhir’ – Kenyataan Fathia Latiff Undang Tanda Tanya Bakal Keluar Agama?

March 23rd, 2024 | by Maya
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon sensasi Fathia Latiff pernah memberi amaran bakal keluar agama Islam kerana berpunca daripada tekanan netizen.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Fathia Latiff Selar Netizen? – ‘Beribadat 100 Tahun Pun Tak Guna Sebab Buat Saudara Korang Jadi Macam Ni’

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Sebarkan Malu & Aib Orang, Hanya Tuhan Boleh Menilai’ – Fathia Latiff

Ramadan kali terakhir

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Fathia memuat naik gambar bersama ibunya yang sedang membaca al-Quran.

Fathia juga menyatakan berkemungkinan ini adalah bulan Ramadan terakhir buat dirinya.

Saya rasa ini adalah tahun terakhir sambut bulan Ramadan.

Dalam hantaran lain, pelakon drama Ariana Rose ini memberitahu tiada siapa yang mengetahui tentang perkara sebenar yang terjadi pada dirinya.

Mereka mungkin hanya ‘beranggapan’ apa yang saya lalui, tapi tak pernah tahu perkara sebenar.

Fathia juga turut berkongsi foto bersama ibu dan adik-beradiknya di dalam sebuah masjid.

Terdahulu, nama Fathia hangat diperkatakan selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.

Bukan itu sahaja, perbalahan dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie turut menjadi bualan netizen.

Disebabkan itu, ramai yang beranggapan Fathia mengalami gangguan masalah mental namun dia menafikan dengan menegaskan dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami tekanan.

Sumber: Fathia Latiff

SKIP THIS AD ×