berita

‘Saya Rasa Perlu Keluar Dari Malaysia..’

September 25th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Walaupun kisah percintaan sudah lama berlalu, namun sesetengah pihak masih kaitkan Sufian Suhaimi dengan insan yang dia pernah cintai dahulu. Sebagai manusia biasa, isu itu sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada penyanyi yang popular dengan lagu ‘Dimatamu’ itu.

‘Saya agak terkesan..’

Bercerita bakal ke Indonesia dalam masa terdekat, Sufian berkata dia ke sana atas urusan kerja dan bukannya ingin membawa diri. Penyanyi lelaki popular, Sufian Suhaimi akui masih terkesan dengan segelintir pihak yang masih ingin mengaitkannya dengan bekas tunang, Elfira Loy.

Sebenarnya saya memang dah lama bercita-cita nak pergi ke Indonesia.

Kalau ikutkan memang itu impian semua penyanyi. Saya ada suarakan hasrat itu kepada syarikat pengurusan.

Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini bukan disebabkan nak melarikan diri tetapi mahu merasai suasana yang berbeza.

Sebab akhir-akhir ini, saya agak terkesan apabila orang masih mengaitkan saya dengan orang yang pernah ada kaitan tapi benda itu dah berlalu.

Sebelum ini, nama Sufian dan Elfira Loy telah mendapat perhatian orang ramai terutama sekali bagi peminat hiburan tanah air apabila ikatan pertunangan mereka putus.

Tidak lama selepas itu, Elfira sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki bernama Faris Anuar dan tidak secara langsung, orang ramai turut mengaitkan Sufian dalam perkara itu.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×