Seringkali kita mendengar suami mengeluh apabila isteri suka berleter dan suka membesarkan perkara yang remeh temeh. Namun, jika difikirkan semula apalah sangat bebelan isteri yang beberapa minit tu dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan mereka. Mereka bersedia berada di sisi suami, melahirkan zuriat dan membesarkan anak-anak.
Oleh itu hargailah isteri, dengan mendengar luahan hati sudah pun dapat menggembirakan mereka. Jangan sampai isteri memberontak dan bersikap dingin dalam rumahtangga baru nak menyesal seperti yang berlaku kepada lelaki ini.
‘Pening kepala saya. Isteri asyik moody. Selalu nak marah’
‘Tak fahamlah orang perempuan ni. Saya penat dan tak tahulah ustaz’
Wanita cuma ingin didengar. Cuba buka hp. Abang reply whatsapp isteri tak?
Mereka cuba meluah tapi tak dilayan. Mereka mahu perhatian suami.
Sayangilah isteri. Maafkanlah dia. Kasihankan.
Mungkin segelintir suami yang tidak menyedari tindakan mereka mengguris hati isteri. Suami kadangkala menganggap isteri membesar-besarkan hal yang kecik. Tapi sebenarnya, isteri cuma ingin meluah.
sumber: facebook Ustaz Ebit Lew