berita

‘Saya Rasa Tak Adil, Hukuman Terlalu Singkat’ – Individu Serang Kamal Adli Dipenjara 28 Bulan 2 Minggu

April 26th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Mahkamah Singapura telah menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan dua minggu terhadap individu yang menyerang dan memukul kepala pelakon Kamal Adli menggunakan cota besi pada tahun lalu.

Artikel berkaitan: Insiden Kepala Ditetak, Kamal Adli Masih Trauma- ‘Setiap Kali Keluar Rumah, Saya Pakai Mask’

Artikel berkaitan: Diminta Jalani Pemeriksaan Psikiatri, Lelaki Serang Kamal Adli Direman 2 Minggu

Rasa tak adil

Memetik laporan Harian Metro, Kamal Adli berpendapat bahawa hukuman tersebut tidak adil buat dirinya sebagai mangsa dimana individu itu menggunakan masalah mental (berhalusinasi) untuk menyerangnya tanpa alasan yang munasabah.

Menurutnya, dia turut terkilan kerana tidak pernah dimaklumkan tentang kes berkenaan sepanjang ia berlangsung.

Saya baru saja dimaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap individu berkenaan. Lagipun sepanjang kes ini berjalan, pihak mahkamah di sana tidak menghubungi saya.

Tiada telefon, bertanya khabar dan sebarang maklumat mengenai kes ini pun tidak pernah dimaklumkan.

Bagi saya tidak adil kerana hukuman itu terlalu singkat. Semudah-mudahnya menggunakan alasan berhalusinasi untuk menyerang saya.

Bagaimana muncul alasan dia berhalusinasi saya meraba anak buahnya? Nama saya pun tercalar akibat tuduhan itu.

‘Kalau dia serang orang lain macam mana?’

Selain itu, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini memberitahu dia mengalami trauma dan bimbang sekiranya kejadian tersebut berulang kembali.

Selepas dilepaskan nanti adakah dia akan menyerang orang lain sewenang-wenangnya? Bukan pukul pada bahagian bahu, tangan atau kaki tetapi kepala. Saya bukan saja terkesan dari segi kesihatan, malah trauma untuk kembali bekerja selama enam bulan.

Selain itu, saya juga kecewa dengan pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan kawalan keselamatan dan sebagainya. Mereka hanya membayar bil hospital saja, namun tidak bertanya lanjut selepas itu.

Dalam pada itu, Kamal mengakui tidak pernah membuka mulut mengenai kekecewaannya terhadap pihak penganjur kerana tidak mahu dianggap cuba meraih publisiti murahan serta menganggu siasatan polis.

Malah, pendapatannya turut terjejas sepanjang tempoh enam bulan kerana masih trauma untuk keluar bekerja dan berada di tempat awam.

Pada 12 Mac tahun lalu, tertuduh, Muhammad Nabil Rashid, 34, menyerang dan memukul Kamal di kepala dengan cota besi di acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Singapura.

Kamal yang cedera di kepala terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura dan terpaksa ditidurkan.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu atas motif ingin membalas dendam kerana beranggapan Kamal mencabul kehormatan saudara wanitanya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×