berita

‘Saya Rasa Terlalu Bodoh’- Isteri Tak Tahan Suami Sexting & Terima Foto Bogel Lebih Dari 10 Wanita

April 3rd, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

2

Tak dapat bayangkan perasaan seorang isteri bila suami yang disayanginya selama ni membuat perkara buruk dibelakangnya. Ini yang berlaku pada seorang isteri bila suaminya sexting (hantar mesej lucah/berbaur sex) dengan wanita lain. Bukan seorang, tapi lebih dari 10 orang wanita dipercayai menghantar mesej serta gambar bogel.

Kini, wanita ini sudah tidak percayakan suaminya lagi dan dalam dilema adakah dengan menghalau suaminya keluar dari rumah jalan yang terbaik untuk mulakan hidup baru dengan anak-anak

Anak-anak meminta untuk menghalau ayah keluar dari rumah

Suami saya sexting (Mesej lucah/berbaur sex) kepada wanita lain. Perkara ini telah berlaku sejak dari 10 tahun lepas. Saya rasa terlalu bodoh kerana boleh bertolak ansur dengan perkara ni.

Walaupun anak-anak saya tahu apa yang berlaku, tetapi kehidupan mereka tetap terganggu. Mereka meminta saya untuk ambil tindakan dan menghalau suami keluar dari rumah.

Saya telah bertolak ansur dengan perkara ini terlalu lama dan saya tak mahu keluarga saya berpecah belah. Saya juga tidak ingin ibu bapa mertua dan ibu bapa saya tahu tentang perkara ni.

Suami sexting, terima foto bogel dari wanita lain

Beberapa tahun lepas, suami membeli telefon pintar dan sexting bertukar kepada foto bila wanita lain menghantar gambar bogel mereka. Saya percaya suami saya sexting lebih dari 10 wanita.

Suami dan saya kini berumur 50-an. Anak lelaki saya sudah bekerja manakala anak perempuan saya masih belajar di kolej. Saya pula harus mencari nafkah kerana lelaki saya seorang OKU. Dia menerima pencen bulanan yang cukup untuk keperluan asasnya.

Suami saya mula sexting kerana merasakan dirinya kesepian. Saya mengingatkan dia bahawa sexting bermula sejak dari dia bekerja lagi. Selain dari merengek tentang rasa keseorangan, banyak lagi perkara yang dia boleh lakukan untuk mengisi masa lapangnya.

Paksa padam mesej, setuju jumpa psikiatri

Pada usia saya, keutamaan saya ialah kestabilan dan saya sebenarnya tidak sabar untuk bersara.

Sejak kali terakhir kami berkomunikasi, anak lelaki saya sangat sensitif, hampir mengalami kemurungan. Ibu bapa mertua saya pula tahu tentang situasi ni.

Saya memang mahu dia keluar dari rumah kali ni. Saya memaksa suami saya untuk memadam semua pesanan ringkas dan nombor telefon di depan saya. Dia berkata bahawa dia tak boleh hidup di luar. Dia akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan psychiatrist.

Apa patut saya buat?

Ibu bapa mertua sangat bersimpati dengan suami saya kerana mereka percaya bahawa suaminya kesunyian. Jadi anak-anak dan saya ambil keputusan untuk bagi dia peluang kedua. Tapi saya sudah tidak percayakan dia lagi.
Saya merasakan kami hidup dalam penipuan. Sangat susah untuk saya bersikap baik kepadanya. Saya tak tahu saya boleh tahan dengan situasi ni untuk masa yang lama.

Patutkah saya teruskan atau meminta dia untuk keluar sahaja dari rumah supaya saya dan anak-anak hidup dalam ketenangan?

Sumber: AsiaOne.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×