Harapkan pagar, pagar makan padi! Itu perumpamaan yang sesuai untuk situasi pelakon Fify Azmi selepas bekas pembantu peribadi (PA) iaitu Nora tergamak ‘kebas’ duit sebanyak RM15,000.
Artikel Berkaitan: PA Tuduh Fify Azmi Ambil Barang Terlarang, Nafiez Zaidi Anggap Sengaja Nak Ugut – ‘Tak Sepatutnya Pun Ungkit Kisah Silam’
Bukan RM15!
Menerusi Instagram Stories, Fify meluahkan rasa berang dengan perbuatan Nora yang enggan berterus terang ke mana wang ringgit itu digunakan.
Kata aktres berumur 32 tahun itu, kemarahan dia makin membara setelah Nora membuka aib dengan mendakwa dia memerlukan dadah untuk berlakon.
Yang masuk bukannya RM15 kak. Lepastu cakap duit tu tak ada dekat dia, kejap cakap dah terpakai dan tak boleh nak bayar balik.
Kenapa susah sangat nak bagitau duit tu pergi mana? Dah kantoi salah sekarang nak aibkan saya.
Such a piece of shit
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Afiqah Mohamed Azmi mengakui ini kali pertama dia hilang hormat dengan individu yang lagi berusia.
Biarpun dia sudah reda dengan kerugiaan besar namun pelakon filem Wira menginginkan Nora mendapat hukuman yang selayaknya.
You such a piece of shit Kak Nora. Pertama kali saya hilang hormat dengan orang yang lagi tua.
Ingat kak, saya reda bukan rezeki saya tapi awak tak akan terlepas.
Terdahulu, Fify mendedahkan mengalami kerugian sebanyak RM15,000 selepas didakwa dilarikan pembantu peribadinya itu. Fify terus bertindak membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, Selangor pada Isnin.
Bagaimanapun, Nora menafikan dia mengambil wang berkenaan sebaliknya menegaskan dia tidak menyedari syarikat produksi Skop Production sebenarnya sudah memasukkan bayaran itu ke dalam akaun bank miliknya.
Sumber: Instagram @fifyazmi