Pada dahulunya Mark Adam hanya dikenali sebagai penyanyi sehingga lah dia dijemput ke beberapa program serta pentas lakonan, orang ramai mula nampak sebenarnya penyanyi dari Filipina itu ada bakat sebagai seorang pelawak. Ia terbukti apabila beberapa hari lepas Mark telah dinobatkan sebagai Juara di sebuah pertandingan realiti.
Boleh tahan power juga Mark ni sebab dia menang dengan pesaing hebat seperti Achey dan Ajak Shiro. Selain dari kemenangannya itu, ada satu kisah yang ramai orang tidak tahu. Bagus betul si Mark ni.
‘Saya sangat gembira..’
Assalamualaikum!!! Mintak maaf semua Saya Baru Habis interviews Dari semalam sampai Hari ni… Saya sangat gembira dengan Apa yang berlaku semalam, Saya sangat rasa seronok bila menghibur anda bersama Abang @kei_ramoss Yang banyak memberi Saya ilmu Dan semangat Terima Kasih banyak bang K Saya Akan bawak ilmu2 Ini di mana Saya pergi ?, Saya sangat hargai masa Ini Dan Saya tak kan lupakan… Terima Kasih banyak kepada anda semua yang menyokong Kami Selama Ini, Saya rasa sangat bertuah Dan bersyukur… Saya tak tau Apa Nak cakap!!! I will never forget this moments… Terima Kasih banyak @tv3malaysia memberikan kami peluang untuk belajar Dan menghibur… Terima Kasih banyak production team BBB2018 for the patience and efforts… Yang selalu Ada di belakang Saya @ezzpowers@masuara_official@suaraacademy Terima Kasih banyak for all the efforts… Kepada Kawan2 Saya yang memberikan masa without asking any in return I owe u guys big time @adeepnahar_@[email protected]@fareeznasir@razzuanrosli@jibob_official@[email protected] Dan banyak lagi… Thank u so much and thank you so much everyone, Godbless u all,? I’ll see u guys soon ? Syukur Alhamdulillah…
Tak jangka menang
Ketika sesi temu ramah bersama Astro Awani, Mark Adam berkata dia tidak pernah menjangkakan bahawa dia akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100k.
Sekiranya anda terfikir untuk melakukan sesuatu, anda hanya perlu cuba untuk melakukannya.
Segala kemampuan kita akan terbukti sekiranya kita berani untuk mencuba dan berikan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan.
Bagi saya, rezeki itu untuk dikongsi memandangkan kami di belakang tabir sudah seperti sebuah keluarga. Kalau ada sesiapa yang kurang, kami akan bantu antara satu sama lain.
Tambah Mark lagi, baki wang kemenangannya itu akan digunakan untuk ahli keluarga serta mengadakan kenduri kesyukuran bersama peminatnya demi menghargai sokongan diberi peminat selama ini.
Sumber: Astro Awani, Instagram Mark Adam