Pempengaruh Abang Tesla berharap netizen berhenti menyerang isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi yang sedang dalam berpantang.
Artikel Berkaitan: Abang Tesla Kesal Berita Sudah Timang Anak Sulung Dengan Isteri Kedua Tersebar – ‘Saya Dah Sorokkan Tentang Kelahiran’
Artikel Berkaitan: Isteri Pertama Abang Tesla Sudah Hilang Sabar Dengan Perangai Madu? – ‘Aku Tak Mandul, Kau Ganggu Proses IVF & Menghina Aku’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’
Serang saya sahaja
Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Abang Tesla berkata, dia tidak kisah sekiranya netizen mahu melemparkan kata-kata kesat kepada dirinya. Bahkan, dia sanggup meminta maaf sekiranya menyakiti hati sesiapa sahaja.
Saya harap netizen kalau nak serang, nak melemparkan kata-kata kesat boleh lemparkan pada saya sahaja. Semua salah datang dari saya dan jangan serang isteri kedua saya. Sebab dia dalam pantang lagi dan teruskan memberi kata-kata yang positif pada Kak Maj.
Saya merayu untuk serang saya sahaja. Saya betu-betul merayu untuk lemparkan kesalahan itu pada saya sahaja. Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakiti hati kaian.
Saya sanggup buat apa sahaja janji korang tak ganggu mental mereka berdua.
Terdahulu, Abang Tesla meluahkan rasa kesal apabila berita kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya, viral di media sosial.
Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 30, memberitahu, dia sudah berusaha sehabis baik menyembunyikan berita tersebut demi menjaga hati dan perasaan beberapa pihak.
Bukan itu sahaja, isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya.
Sudah lama berdiam diri dan menahan sabar, Nurmajdina menerusi hantaran di Instagram Story berkata, segala pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak dihargai.
Sumber: Abang Tesla