Wanita yang dituduh sebagai punca keretakan rumah tangga usahawan, Jofliam dan bekas isteri, Cik Epal iaitu Emira Delyati Dewi mengakui bersedia untuk melakukan sumpah laknat.
Artikel Berkaitan: Jofliam Kembali Bersuara Isu Curang, Perjelas Kejadian Milan Berlaku Selepas Cerai– ‘Bekas Isteri Yang Telefon Lelaki Lain Tanpa Izin Saya’
Artikel Berkaitan: Jofliam Didakwa Mesej Mentua Suruh Merangkak Cari Di Akhirat, Cik Epal ‘Warning’ – ‘Kau Siapa Nak Sumpah Ibu Ayah Aku?’
‘Saya sanggup sumpah laknat’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Dewi meminta Cik Epal atau nama lengkapnya Nur Munirah Mahmood untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Untuk tutup buku ini, Nur Munirah binti Mahmood, sila berjumpa dengan saya.
Dewi yang juga merupakan bekas staf Jofliam (bekas suami Cik Epal) memaklumkan dia sanggup untuk bersumpah laknat bahawa dirinya bukan lah orang ketiga yang menyebabkan keretakan rumah tangga pasangan itu.
Saya sanggup sumpah laknat, saya bukan penyebab rumah tangga awak hancur, awak sendiri tahu. Awak sendiri yang minta berjumpa dengan saya untuk memohon maaf.
Kita tutup cerita, kita sumpah laknat atas Al-Quran.
Menerusi hantaran lain, Dewi juga mendedahkan Cik Epal telah menyekat akaun media sosialnya.
Kenapa block? Cakap berani kerana benar? Sumpah atas perbuatan kita berdua, yang awak mengatakan Jo (Jofliam) tak curang. Saya sanggup sumpah. No posts yet.
Imbas kembali, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Instagram Emira Delyati Dewi