Setiap pasangan yang berkahwin pasti menanam impian untuk hidup bersama pasangan sehingga ke akhir hayat. Namun siapa sangka, perhubungan yang baru terbina hampir setahun yang lalu terlerai apabila isteri meninggal dunia sebelas hari selepas melahirkan bayi sulung.
Di Facebook, suami meluahkan rasa sedih dengan kehilangan isteri tersayang.
‘Saya sayang awak sampai bila-bila’
Kasihan baby, dapat merasa sekejap bersama ibunya
Menerusi sebuah portal, suami memberitahu beberapa jam sebelum kejadian mereka masih berbual-bual seperti biasa. Malah, arwah juga tidak memberikan sebarang tanda.
Masa pukul 4 pagi tu elok je sembang-sembang ajak pergi jalan apa semua lepas subuh tu saya tidur sampai pukul 11 saya tersedar anak menangis.
Saya bangun buat susu anak lepas tu saya panggil isteri saya dia tak menyahut, saya pergi dekat dia tarik selimut dia tengok tangan arwah dah kebiruan. Lepas tu terus panggil ambulans bawa pergi hospital sampai hospital isteri dah disahkan meninggal dunia.
Selepas bangun daripada tidur, suami mendapati isteri tidak sedarkan diri kemudian setibanya di hospital isteri disahkan meninggal dunia.
Sumber : Hamijan Mijan , Siakap Keli