berita

Emma Maembong Tak Tersinggung Dituduh Berpantang Tak Serius -‘Saya Anggap Netizen Ambil Berat’

July 17th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Emma Maembong menerima kecaman netizen apabila dikatakan tidak berpantang dengan betul selepas melahirkan bayi keduanya, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Koyak & Tak Kena Jahit’ – Emma Maembong Nafi Tumpah Darah, ‘Confinement Lady’ Jaga Rapi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Doakan Perkahwinan Ketiga Shikin Maembong & Cat Farish Jadi Terakhir

Ambil berat

Ketika ditemui OhBulan!, Emma berkata dia tidak terasa hati dengan komen tersebut, sebaliknya mengganggap tindakan netizen berbuat demikian kerana mengambil berat tentang keadaanya.

Malah, jelas Emma dia tidak menyangka apabila perkara itu menjadi bualan ramai.

Sejak kebelakangan ini, banyak cerita mengenai saya selepas bersalin, benda viral yang saya tak nak pun. Saya bukan nak cipta sesuatu yang viral.

Jadi, kalau dengan post aktiviti harian saya buatkan ramai Malaysia atau netizen tak senang sehingga jadi viral, saya tak akan cipta benda yang kontroversi dan viral.

Mungkin netizen sayang dan ambil berat fasal saya, sebab itu benda jadi viral dan mereka bercakap.

Justeru, kakak kepada aktres Chacha Maembong itu mengambil pendekatan untuk tidak sering berkongsi mengenai aktiviti hariannya dalam media sosial.

Oleh itu, saya mengambil langkah untuk perlahankan perkongsian di laman sosial. Sebab itu saya dah jarang aktif di laman sosial.

Saya tak nak ganggu ketenteraman orang lain. Kang kalau saya post nanti, orang macam ‘Emma kenapa you dah kerja, anak masih kecil’ dan macam-macam lagi.

Terdahulu, nama Emma menjadi bualan ramai sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak keduanya, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.

Dia dilihat ‘selamba’ duduk bersila dan mendukung anak sulungnya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.

SKIP THIS AD ×