Pelakon Janna Nick akui tidak berputus asa dan terus berdoa agar dia dan suami, Dini Schatzmann dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Semula Video Usik Ruhainies ‘Penyondol’, Janna Nick Beri Respon – ‘Ini Ujian Mereka & Tak Nak Jadikan Ia Bahan Jenaka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dini Sahaja Kebahagiaan Saya, Siapa Berani Sentuh Saya Tak Kisah Masuk Penjara’ – Janna Nick
‘Belum berhenti berharap’
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meluahkan perkara itu ketika meraikan hari jadinya yang ke-29 pada 1 Jun lalu di sebuah restoran bersama suami.
Saya sayang awak, saya nak anak. Belum berhenti berharap.
Janna berkongsi luahan tersebut menerusi hantaran di Instagramnya selain turut memuat naik beberapa foto dan video momen sempena hari jadinya.
Dalam hantaran sama, pengacara Melodi itu turut memuat naik beberapa petikan mengenai harapan menjadi seorang ibu.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga maya termasuklah rakan artis yang turut mendoakan Janna dan Dini dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Sebelum ini, Janna pernah meluahkan rasa sedih apabila hasrat untuk menimang cahaya mata belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan.
Janna akui meskipun tertekan, namun dia sentiasa percaya bahawa Allah SWT akan memberikan sesuatu kepada hambanya pada waktu yang sesuai.
Sumber: Instagram Janna Nick