berita

‘Saya Screenshot, Report Pada KKM Ya’ – Sheila Rusly Dikecam Promote Fake Dentist?

January 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon dan penerbit terkenal iaitu Sheila Rusly baru-baru ini memuat naik foto tersenyum menunjukkan giginya yang baru saja menampal venir. Venir gigi adalah bertujuan menutupi permukaan gigi tertentu untuk membaiki atau mencantikkan bentuk gigi.

Namun, posting penerbit ini bagaimanapun dikecam netizen dan mendakwa Sheila Rusly memakai ‘fake veneer’ ataupun venir palsu di giginya dan menggunakan perkhidmatan doktor gigi tidak berdaftar.

‘Sis tetap tersenyum’

Sheia Rusly hanya memuat naik kapsyen ringkas dan disertakan nama Instagram doktor gigi yang telah melakukan venir pada giginya. Akan tetapi, posting berkenaan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang khuatir dengan pemakaian venir palsu itu. Venir palsu ini juga akan menyebabkan gigi dan gusi bermasalah dan memberi kesan kepada si pemakai.

Mohon tarik balik posting ini

Rata-rata tidak berpuas hati apabila Sheila Rusly didakwa mempromosikan ‘fake dentist’ kepada pengikutnya. Sebagai public figure, tindakan Sheila berpotensi untuk memberi galakan kepada umum.

Selain itu, pengguna Instagram iaitu Dr Dentqurw meminta agar penerbit itu menurunkan posting berkenaan. Dia juga mengakui bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini menegaskan rakyat Malaysia akan kesan ‘fake dentist’. Dia bagaimanapun kecewa apabila artis pula mempromosikan ‘fake dentist’.

Say ‘No’ to fake dentist

Bukan itu sahaja, pengguna Instagram yang lain juga menasihati agar Shiela Rusly berjumpa dengan doktor gigi yang berdaftar untuk melakukan apa-apa saja kecantikan pada gigi. Mereka turut menasihati agar penerbit ini tidak mempromosikan sesuatu perkhidmatan yang mengundang kesan kepada pengguna.

Sumber: Sheila Rusly

SKIP THIS AD ×