berita

‘Saya Sebenarnya Tak Suka Mendesak’ – Syura Syukur Ogy Bayar 24% Bayaran Teater

May 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon, Syura Badron meluahkan rasa syukur apabila penerbit teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy sudah membayar 24 peratus daripada jumlah penuh bayaran yang dijanjikan olehnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Syura menganggap bayaran RM3,000 pada pertengahan Mei lalu sebagai rezeki Aidilfitri buat dirinya.

Hanya mampu bersyukur

Menurut Syura, dia hanya mampu bersyukur meskipun bayaran yang sudah diterimanya sekitar 24 peratus sahaja. Tambahnya, masih ada tunggakan baki bayaran sebanyak 76 peratus lagi.

Daripada tak dapat langsung dan umpama menunggu buah yang tidak gugur, saya terima sajalah berapa jumlah bayaran mampu dibuat kak Ogy dengan rasa syukur. Apatah lagi, ketika itu Aidilfitri semakin hampir dan saya perlu sediakan persiapan anak-anak.

Saya sebenarnya tak suka mendesak, namun dalam hal ini kalau terus berdiam diri pun tak boleh juga. Kerja dah lama selesai tapi bayaran masih belum dilunaskan, dan situasi itu sangat mengecewakan. Apapun, saya berterima kasih juga pada kak Ogy dengan bayaran RM3,000 itu. Bagi bayaran selebihnya, tak pastilah bila akan dapat walaupun diberitahu sekitar Jun ini.

Lama-lama habis juga

Mengulas mengenai wang simpanan, Syura memberitahu kalau wang asyik keluar dan tidak masuk, lama-lama wang tersebut akan habis juga.

Umpama bukit kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama rata juga. Begitulah dengan konsep simpanan kita. Kalau wang asyik keluar dan jumlah masuknya tiada atau kurang, lama-lama habis juga. Lagi pun, wang yang diminta pada kak Ogy itu adalah mengikut perjanjian yang dibuat sebelum memulakan kerja. Bayaran dituntut itu hak saya yang memang patut dia bayar sebagai penerbit.

Syura turut menghargai usaha Kak Ogy yang bertungkus-lumus mengumpulkan wang demi membayar hutang semua pihak. Terdahulu, Kak Ogy telah menggunakan kemahiran memasak dan menjual produknya pada umum. Menurut Ogy, dia akan melangsaikan kesemua bayaran pelakon dan kru teater berkenaan meskipun dia berada dalam keadaan penat sekalipun.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×