berita

‘Saya Sedar Kedudukan Saya..’ – Kononnya ‘Influencer’ Dapat Vaksin Awal, Ini Respon Dr Say

February 26th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

 

Semalam viral di sosial media apabila sebuah portal mendakwa bahawa Hospital Serdang memberikan vaksin kepada beberapa orang influencer. Walau bagaimanapun, perkara ini dinafikan oleh pihak Dr Noor Hisham sendiri.

Artikel Berkaitan : Dr Noor Hisham Nafi Laporan Hospital Serdang Beri Vaksin Covid-19 Kepada ‘Influencer’ Dahulu

Terbaru, Doktor Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Doktor Say memberi pandangan mengenai isu ini.

Sedar kedudukan saya

Cukup laju ampa update berita terkini naa. Yg terlepas kapal, ada berita menyatakan Hospital Serdang berhasrat memasukkan 3 influencers dalam penerimaan pertama vaksin esok.

Terus terang sy cerita, kalau boleh, memang sy nak sesangat dapatkan vaksin COVID-19 ni seawal mungkin dengan niat agar sy dapat galakkan lebih ramai join Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tapi saya sedar kedudukan saya.

Mengulas isu ‘influencer’, Dr Say akui tidak sabar menerima suntikan vaksin Covid-19 namun sedar kedudukannya memandangkan beliau merupakan seorang doktor yang tiada ‘direct contact’ dengan pesakit Covid-19.

Kat klinik yang saya biasa locum, saya deal mostly kes sakit kepala, sakit sengugut, demam biasa dan demam nak MC. Terjumpa pesakit Covid jarang sekali. Jadi sy sedar kalau say nak minta vaksin awal pun tidak adil kepada mereka yang betul-betul berdepan dengan Covid everyday.

Tak sabar nak dapat suntikan vaksin

Tambah beliau lagi, dia dan isterinya kategori dalam fasa pertama kerana merupakan barisan hadapan namun isterinya yang kini hamil tidak dibenarkan mengambil suntikan vaksin ini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu giliran disuntik.

Owh menjawab soalan ampa, saya bukan influencer nak potong line tu plus DG dah bagitau yang so called influencers tu adalah ketua jabatan Hospital Serdang themselves untuk menggalakkan staff frontliners mereka mengambil vaksin COVID-19. Cukup2 la sebar berita palsu ni, ampa tak penat ka?

Dr Say juga memberitahu bahawa dia akan memuat naik foto dengan bangganya jika sudah menerima vaksin Covid-19 ini. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata turut sama rasa teruja menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

Sumber : Dr Shazril

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×