berita

‘Saya Sedari Bilik Dipenuhi Asap & Tilam Saya Berbara’

September 25th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Jika nak diikutkan sudah banyak kes yang dikongsikan di laman sosial media mengenai telefon pintar meletup atau terbakar akibat terlebih cas. Terbaru, seorang kerani bank melecur di lengan selepas tersentuh telefon pintarnya. Dipercayai bahawa telefon tersebut terlebih cas dan hampir menyebabkan kebakaran. Baca untuk kisah selanjutnya.

Bilik dipenuhi asap

Sumber foto: Berita Harian

Kejadian berlaku di rumah mangsa, Nur Filzah Abdul Rahman, di Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 4.20 pagi apabila lengannya mengalami kecederaan disyaki daripada kesan suhu tinggi telefon pintar berkenaan. Menurut Filzah, sebelum kejadian dia meletakkan telefon pintar yang dicas diatas tilam.

Saya mengecas telefon pintar sebelum tidur dan biasanya saya letakkan di lantai, namun malam itu saya letakkan di atas tilam sebelah kiri saya.

Saya terjaga kira-kira jam 4.20 pagi apabila berasa panas di belakang badan. Ketika mengiring ke kiri, saya terkuis telefon dan lengan saya terasa pedih.

Saya terus menghidupkan suis lampu dan sebaik keadaan terang, baru saya sedari bilik dipenuhi asap dan tilam saya berbara.

Selepas melihat keadaan tersebut, Filzah dan rakan serumah terus mengambil sebaldi air dan dicurah ke atas tilam bagi mengelakkan kebakaran. Seterusnya, Filzah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Filzah, tilam disyaki terbakar akibat suhu panas pada telefon pintarnya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×