Seorang jurukimpal maut selepas dipercayai dibelasah tiga lelaki yang dikenalinya. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu mangsa dikenali Ahmad Farid Mohammad dikatakan sempat menceritakan kepada ibunya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.
Menurut ibunya, anaknya dipercayai dipukul suspek di kawasan luar rumah sebelum mendapatkan pertolongannya yang ketika itu berada di dalam rumah.
Ingat jeritan jiran
Ketika kejadian, saya sedang bersiap untuk solat Subuh sebelum terdengar jeritan meminta tolong yang disangkakan suara jiran tanpa menduga ia sebenarnya jeritan anak.
Menurut ibu mangsa, anaknya sempat menceritakan kepada ibunya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri. Mangsa disahkan meninggal dunia setengah jam selepas kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Sebelum anaknya maut, dia sempat mendengar jeritan yang kuat menyebabkan dia segera keluar untuk membuat pemeriksaan sebelum ternampak anaknya berada dalam keadaan lemah dan menanggung kesakitan.
Mula-mula ingat orang sebelah rumah namun selepas beberapa kali, saya keluar nampak anak di sebelah kereta sebelum saya papah dia masuk ke dalam rumah. Masa itu anak lemah sangat dan dia ada bagi tahu ada tiga lelaki pukul dengan dua daripadanya dikenali.
Saya ada juga dengar mereka sebut pasal hutang, namun saya tak pasti sebab anak tidak pernah bercerita.
Harap hukuman setimpal
Kejadian itu menyebabkan anaknya semakin lemah menyebabkan dia menghubungi ambulans kerana arwah menghidap penyakit lelah.
Saya dan suami sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, dan pasukan perubatan yang hadir kemudian bagi tahu anak sudah tiada.
Saya tidak tahu apa punca mereka bertindak sedemikian dan mahu mereka dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan.
Ibu mangsa turut berharap agar si pelaku menerima hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan. Tak kurang juga ada yang bersimpati dan geram dengan kejadian ini yang menyebabkan kematian.
Respon orang ramai
Sumber : Harian Metro